24 September 2013

♥ KESAN BOTOL SUSU BPA PADA BAYI ANDA ♥





Apakah BPA?

BPA bermaksud bisphenol A, 
bahan yang dimasukkan ke dalam semua produk polycarbonate (plastik) , s
eperti botol susu bayi, cawan sippy, mainan bayi
dan lain-lain. BPA juga boleh didapati dalam lapisan beberapa tin susu formula bayi. 
Ia adalah bahan kimia yang popular kerana ia tahan lama dan tahan
haba.


Adakah botol susu BPA membahayakan anak anda?

Kajian menunjukkan pendedahan jangka panjang botol susu bayi 
polycarbonate yang mengandungi bisphenol-A (BPA) mungkin boleh menjejaskan
kesihatan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak. 
Ibu bapa sering memanasan botol pada suhu yang tinggi/ 
atau gelombang mikro untuk membasmikan
kuman. Akan tetapi, bayi anda boleh menelan kuantiti kecil BPA 
yang dikeluarkan oleh botol polycarbonate jika botol telah 
dipanaskan pada suhu yangtinggi.
Sesetengah kajian menunjukkan bahawa BPA 
adalah selamat dalam dos yang disyorkan. 
Akan tetapi, kebanyakkan kajian menunjukkan bahawa BPA
meningkatkan risiko kesihatan yang negative kepada manusia walaupun dos yang rendah.


Bagaimanakan botol susu BPA boleh menjejaskan anak anda?

Kajian menunjukkan BPA adalah bahan gangguan hormon yang meniru hormone estrogen. 
Bahan kimia ini mendorong "palsu" estrogen menjejaskan badan
bayi anda dari segi keseimbangan hormon yang diperlukan 
untuk perkembangan bayi yang sihat. 
Pendedahan kepada BPA yang tinggi boleh dikaitkan
dengan perkembangan sistem pembiakan bayi lelaki 
dan permulaan awal baligh bayi perempuan. 
BPA boleh meningkatkan risiko kanser payudara, ovari,
atau kanser prostate pada lewat usia.
 BPA boleh menjadi faktor risiko untuk gangguan hiperaktif (ADHD) 
dan boleh menjejas aktiviti kimia otak, walaupun
dalam dos yang rendah. Disebabkan berat badan yang rendah,
 sistem organ yang tidak matang dan kadar metabolic yang tinggi, kanak-kanak dan bayi lebih
senang terjejas kepada kesan negatif BPA.


Bagaimana botol susu BPA 
boleh menjejaskan bayi dalam kandungan?

Beberapa kajian menunjukkan pendedahan BPA boleh memberi kesan negatif pada sistem saraf jani. Janin akan terdedah kepada BPA di mana ibu hamil
memanaskan makanan dalam bekas polycarbonate atau minuman dari botol air yang dibuat dengan BPA. BPA juga telah dikaitkan boleh meningkatkan
risiko keguguran.
Apakah langkah-langkah penggunaan dan pemilihan botol susu?
Anda dinasihati memilih botol kaca. Kaca tidak mengandungi mana-mana plastik, jadi ia tidak mempunyai apa-apa bahan kimia yang kontroversi.
Menggunakan jag berisi air panas atau pemanas susu botol yang khas untuk memanaskan botol polycarbonate anda.
Memilih botolsusu BPA-free walaupun harganya adalah lebih mahal daripada botolsusu plastik yang mengandungi BPA.
Memilih botolsusu plastik yang boleh dikitar semula. Kebanyakkan produk polycarbonate tidak dikitar semula. Jika botolsusu plastik boleh dikitar semula, ia
boleh dianggap plastik “selamat”. Terdapat logo kitar semula yang boleh dikesan di bahagian bawah botol, mempunyaisegi tiga yang diperbuat daripada tiga
anak panah.
Perhatikan nombor kitar semula. Elakkan membeli botolsusu plastik bertanda dengan 7 atau "PC", yang mungkin masih mengandungi BPA. Anda harus
membeli botolsusu bayi yang mempunyai nombor 1, 2, 4 atau 5 di dalam segitiga di bahagian bawah botol yang dikatakan lebih selamat.






No comments: