04 April 2011

♥ Lurania - Car Wash 4 ♥

Cara-Cara Betul Mencuci Kereta

Ramai di kalangan guru yang agak 'manja' apabila saban minggu menghantar kereta ke pusat mencuci kereta semata-mata untuk membuang kotoran pada jentera pengangkutan mereka. Sebenarnya mencuci sendiri kereta mempunyai kelebihan iaitu selain menjimatkan wang ringgit ia juga sebagai satu aktiviti yang riadah yang sihat. Tetapi kita juga perlu tahu cara-cara yang betul mencuci kereta dan apakah bahan dan alatan yang kita perlu sediakan untuk mendapatkan hasil cucian yang baik.


Kereta kita terdiri daripada bahan-bahan yang berbeza seperti besi, plastik, getah dan yang terbanyak adalah cat. Setiap bahagian memerlukan bahan pembersih khas supaya ia dapat dibersihkan secara optimum. Kesilapan kita menggunakan bahan dan alatan mungkin akan menyebabkan ia rosak atau cucian menjadi tidak sempurna.


Umumnya menjaga kereta terdiri daripada tiga fasa iaitu
1. Membersih dan membuang kotoran (cleaning)
i. Cucian Luar
ii Cucian Enjin
iii Cucian Dalam
iv Cucian Tayar
v Membuang kesan tar
2. Merawat (recovering)
i Rawatan cat
ii Rawatan cermin dan wiper
iii Rawatan rim
3. Mengilat dan manjaan (spa)
i Mengilatkan cat
ii Mengilatkan cermin
iii Mengilatkan papan pemuka dan dalaman
iv Mengilatkan bahagian kulit
v Mengilatkan rim dan tayar


Bagi kereta baru biasanya kita hanya bertumpu kepada fasa 1 dan 3 manakala bagi kereta lama ia mugkin perlu melalui ketiga-tiga fasa tersebut.



1. Membersih dan membuang kotoran (cleaning)


i. Cucian Luar
a. Pancutkan air dahulu daripada hos selama 15 saat bagi mengeluarkan sisa-sisa klorin dan bahan kimia supaya tidak merosakkan cat.


b. Pastikan semua pintu dan cermin ditutup rapat


c. Pancutkan air pada bahagian kereta untuk membuang habuk dan pasir yang melekat pada badan kereta sebelum menggosok kerana pasir dan habuk keras boleh mencalarkan cat jika digosok.


d. Gunakan bahan pencuci khas untuk kereta dan jangan beli bahan pencuci murahan walaupun ada gambar kereta kerana ia berpotensi untuk merosakkan cat. Bahan pencuci beserta wax (wash and wax) juga boleh digunakan dan ia akan membuatkan cat kereta kelihatan lebih bersinar.


e. Gunakan span bersih dan cuci bermula daripada bahagian bumbung. Saiz span yang lebih besar akan mempercepatkan proses cucian. (jangan gunakan span untuk mencuci cat bagi tujuan lain.


f. Elakkan cuci di tengah panas kerana titisan air akan bertindak sebagai kanta yang boleh memfokus cahaya matahari terhadap cat.


g. Jangan biarkan sabun pada cat sehingga kering kerana bahan kimia pada sabun itu akan menjejaskan cat.


e. Lap menggunakan kain yang bersih dan tidak berbulu. Kain khas ini ada terdapat dijual di pasaraya dengan harga sekitar RM3.00 hingga RM7.00 sehelai. Pastikan tiada minyak atau pasir pada kain tersebut kerana ia akan merosakkan cat. Jangan gunakan kain pengelap cat kereta itu untuk kegunaan lain.


ii Cucian Enjin
a. Enjin merupakan bahagian yang paling sensitif dan pastikan anda mencucinya dengan berhati-hati. Bahagian elektronik seperti pendawaian, ecu, sensor dan sebagainya perlu dipastikan agar tidak dimasuki air. Jangan cuci menggunakan air pada tekanan yang kuat kerana bahagian palam pencucuh yang dimasuki air akan menyebabkan kereta tersenggut-senggut atau mungkin tidak dapat dihidupkan.


b. Bagi menghilangkan minyak atau gris pada enjin, kita boleh menggunakan bahan asas seperti minyak tanah dan sabun pencuci. (satu petua menarik daripada seorang tauke cuci kereta iaitu campuran sabun dan coca-cola pada amaun yang seimbang mampu menghilangkan kotoran degil pada enjin dan mengilatkan enjin.


iii Cucian Dalam
a. Cemaran dan kotoran bahagian dalaman biasanya adalah kesan terdiri daripada kotoran tangan, tapak kasut, air dan makanan. Mencuci bahagian dalaman tidak memerlukan air yang banyak. Anda memerlukan sedikit air sabun dan bilas menggunakan air bersih. Makanan yang terbiar tidak dibersihan akan mengundang serangga seperti semut dan lipas (akibat adanya serangga itu, cicak juga mungkin menumpang sama kerana ada sumber makanannya)


b. Jangan menggunakan clorok atau agen peluntur.


c. Tinggalkan seketika dengan pintu terbuka untuk memastikan pengewapan berlaku dengan sempurna.


iv Cucian Tayar
a. Tayar merupakan bahagian yang paling terdedah dengan kotoran seperti minyak, tar, habuk, sisa lapik pad brek, lumpur, najis dan sebagainya.


b. Sabun yang digunakan untuk tayar perlu sesuai dengan rim anda. Rim yang bercat pelu menggunakan sabun yang sesuai untuk cat manakala rim kemasan logam boleh menggunakan sabun biasa.


c. Gunakan berus sabut untuk menyental kotoran degil.


v. Membuang kesan tar
a. Tar merupakan cemaran yang degil kerana sifatnya yang melekat dan berminyak. Bintik-bintik tar paling senang dicuci menggunakan minyak seperti diesel tetapi ia boleh menjejaskan cat. Gunalah bahan 'tar remover' dan sapu tanpa tekanan sehingga bersih.


2. Merawat (recovering)
i Rawatan cat (bagi kereta lama)
a. Cat pada kereta biasanya akan mengalami masalah seperti pudar atau tercalar. Cat akan pudar kerana faktor seperti bahan kimia, terdedah kepada embun dan cahaya matahari atau dimakan usia.


b. Cat yang pudar boleh dikembalikan kilatannya dengan melakukan 'polishing' dan 'waxing'. Polishing merupakan proses menggilap kembali permukaan cat yang sudah hilang lapisan '2K'. Bagi mereka yang tidak profesional biasanya bolehlah membeli polish yang tercatat 'untuk cat lama'.


c. Kerja polishing akan lebih pantas jika anda menggunakan mesin. Jika tidak ada mesin maka bolehlah lakukan poslihing menggunakan span lembut dengan pergerakan membulat sehingga rata (elakkan daripada menggunakan span basuh pinggan kerana partikelnya agak kasar.


d. Biarkan seketika di bawah teduhan


e. Proses seterusnya adalah 'waxing' iaitu melapis selapisan lilin khas pada permukaan cat supaya kelihatan lebih berkilat di samping melindungi cat asal daripada menjadi pudar. lapisan ini boleh dilakukan dua minggu sekali dan boleh dilapis sehingga dua atau tiga lapisan.


f. Cat yang mengalami calar kecil boleh dirawat dengan menggunakan polish atau polymer sealant


ii Rawatan cermin dan wiper
a. Cermin kereta yang tidak dijaga akan menjadi kelam dan kasar seterusnya boleh menjejaskan pandangan dan pemanduan. Pembersih cermin ada banyak dijual di kedai khusus untuk membuang kotoran dan gris. Cermin yang tidak dijaga boleh merosakkan wiper dan menyebabkan wiper perlu kerap diganti.


b. Cecair pencuci cermin biasanya didatangkan dengan bahan kalis air (water repellent) yang membantu pemanduan agar lebih jelas dalam keadaan hujan lebat.


c. Penggilap cermin (wiper) juga perlu dibersihkan daripada minyak supaya sapuan air lebih rata dan menghasilkan pandangan yang lebih selesa. Cecair pembersih wiper ini juga ada dijual di mana kita hanya perlu melurutkannya cecair tersebut pada bahagian getahnya menggunakan kain bersih sehingga tiada lagi kesan kotoran. Jika anda mendapati kain yang dilurut pada wiper menjadi hitam walaupun sudah banyak kali dibersihkan, ini menunjukkan getah wiper anda sudah perlu ditukar.




iii Rawatan rim
a. Rim yang menggunakan kemasan cat perlu dijaga sama seperti anda menjaga bahagian cat badan kereta anda manakala rim kemasan logam perlu dijaga menggunakan bahan pecuci khas untuk rim. Ini kerana rim kemasan logam mempunyai sifat yang sensitif terhadap bahan kimia seperti asid yang boleh menyebabkannya bertompok dan recakkan yang tidak rata.


3. Mengilat dan manjaan (spa)


i Mengilatkan cat
a. Terdapat beberapa alternatif untuk mengilatkan cat kereta iaitu menggunakan wax, polymer sealant, carnauba (Copernicia prunifera). Walaupun dikatakan bahawa carnauba mampu menghasilkan lebih kilatan namun penggunaan wax lebih sesuai di negara iklim tropika kerana keadaan cuaca yang agak panas.


b. Sapu wax menggunakan span khas secara membulat dan biarkan sehingga wax benar-benar kering di bawah redupan kemudian sapu menggunakan kain lembut yang kering dan bersih.


c. Ulang sapuan kali kedua (kalau tak letih)


ii Mengilatkan cermin
a. Cermin kereta tidak sesuai dikilatkan menggunakan wax atau apa bentuk polish sekalipun. Cermin perlu bebas daripada bahan bahan seperti wax. Gunakan bedak talkum dan gosokkan rata-rata pada cermin hadapan (windshield) menggunakan tisu kertas.




iii Mengilatkan papan pemuka dan dalaman.
Papan pemuka adalah bahagian utama pada ruang dalaman kereta anda. Ia menjadi tatapan penumpang termasuk anda sendiri. Papan pemuka yang berkilat menjadikan kenderaan anda lebih selesa dinaiki. Kilatkan papan pemuka menggunakan pengilat 'dashboard' dan bukannya pengilat tayar. Pastikan bahan pengilat papan pemuka anda mempunyai bau yang menyenangkan atau tidak berbau kerana bauan pengilat yang teruk akan lebih ketara apabila penyaman udara dipasang..




iv Mengilatkan bahagian kulit
a. Bahan kulit atau separuh kulit biasanya digunakan untuk kerusi kereta anda. Bahan kulit ini walaupun harganya mahal namun ia perlu dijaga kerana bahan kulit yang tidak dijaga akan hilang lembapan, menjadi kering, keras dan merekah. Ia tidak seperti kerusi kulit di rumah kerana ia terdedah dengan suhu yang panas dan kering.


b. Kilatkan menggunakan pengilat kulit selang dua minggu sekali.


v Mengilatkan rim dan tayar
Rim kemasan logam yang kusam oleh dikilatkan kembali menggunakan pengilat rim (sport rim conditional). Penggunaan polish atau wax pada rim kemasan logam tidak akan berkesan.


03 April 2011

♥ Lurania - Car Wash 3 ♥


Kelengkapan Peralatan


Kelengkapan Peralatan
Berikut adalah salah satu contoh yang saya berikan.Peralatan adalah aset yang sangat penting untuk Perniagaan Car Wash. Anda perlu bijak untuk menilai peralatan yang hendak dibeli. Jangan sebab hendak berjimat, tetapi anda akan rugi untuk jangka masa yang lama. Saya mencadangkan anda tidak membeli peralatan buatan China. Disini saya sertakan peralatan yang saya gunakan di Papa Car Wash & Detailing Center.

Jika ada terkurang peralatan yang saya senaraikan, anda dapat kongsikan bersama. Kreativiti yang difikirkan sesuai dapat dipraktikan di permis anda. Cuba buat perubahan dahulu dan ubah semula sekiranya tidak sesuai. Selalu melihat dan mengkaji bagaimana
permis car wash yang Berjaya melakukan susun atur permis perniagaan mereka.
Minimum Modal Untuk Peralatan Car Wash Adalah RM5000.00



Diatas adalah peralatan yang dinamakan Water Jet atau Water Spraying Pump. Gambar disebelah kiri adalah buatan dari Karcher German dan kanan adalah buatan China. Dari bentuk fizikal anda boleh menilai kualiti peralatan tersebut. Harganya adalah tidak banyak perbezaan.

Bunyi yang dihasilkan adalah tidak kuat berbanding buatan China kerana menggunakan teknologi mesra alam. Anda tidak perlu risau jika pelanggan merunggut persekitaran kedai anda yang bising.


Ketahanan dan kekuatan air semburan adalah penting kerana ia akan menanggalkan kotoran pada langkah pertama basuhan kereta. Karcher German dapat memberi kekuatan semburan air yang stabil selama 8 jam tanpa henti. 

Jika buatan China hanya mampu selama 1 jam sahaja. Bayangkan jika pada satu masa kereta yang hendak dicuci ada 10 buah kereta. Tiba-tiba anda mengalami masalah semburan air. Anda akan rugi dan pelanggan tidak akan percaya dengan mutu khidmat anda.
Selain itu ia ringan dan mudah untuk disimpan atau dibawa kemana-mana. Ketahanan penggunaan anda tidak perlu risau kerana ia mampu digunakan dalam keadaan lasak.


Seperti yang diatas gambar disebalah kiri adalah Vacuum buatan Karcher German dan di sebaliknya dari China. Vacuum adalah penting untuk memcuci kotoran bahagian dalam kenderaan.


Sedutan yang kuat, cepat dan tahan untuk jangka masa yang lama adalah aspek yang penting bagi mempercepatkan proses mencuci kenderaan. Anda tidak rugi masa dan juga wang. Anda perlu pilih Vacuum yang betul-betul mempunyai kualiti yang terbaik.


Pemilihan Snow Wash Tank pilihlah buatan dari besi tahan karat. Peralatan ini dijual dipasaran adalah sama kualiti. Anda perlu bijak meniliti peralatan ini sebelum membeli. Pastikan peralatan yang dibeli mempunyai jaminan sekurang-kurangnya 3 bulan selepas tarikh pembelian.



Tangki air adalah penting untuk menyimpan air dalam kuantiti yang banyak bagi memudahkan Water Jet menyedut air dengan pantas. Tangki seperti di atas boleh memuatkan 400 Gelen air untuk isian penuh.


Vehicle Ramp adalah peralatan sampingan kerana ia memudahkan untuk cucian di bahagian bawah kereta. Selain itu ia boleh membuat semburan tar atau tahan karat di bahagian bawah kenderaan.

Compressor adalah penting untuk tujuan Snow Wash Tank. Apabila tekanan angin diberikan kepada Snow Wash Tank, buih halus akan terjadi dan mendapat semburan buih yang baik. Sila dapatkan sijil atau dokumen keselamatan yang diiktiraf oleh pihak keselamatan apabila membeli compressor dari penjual.

Mesin Polish untuk kegunaan untuk proses kekemasan pada badan kenderaan. Pilihlah mesin yang mempunyai kualiti kerena mesin seperti ini memerlukan ketahanan panas. Proses melakukan polish adalah lama dan kenderaan untuk di polish adalah banyak.


Softbuff adalah span untuk proses polish atau wax kenderaan. Span yang biasa tidak akan mendapat hasil yang baik kerana permukaannya tidak lembut dan rata. Span ini akan digunakan bersama mesin polish.

Sediakan satu troli yang ringkas untuk meletakan Polish, Wax, Span, Kain, Wax Tayar, Pewangi, Berus, Mesin polish dan sebagai dalam satu troli. Persekitaran akan kemas dan tersusun.


Pilihlah pencuci atau shampoo yang mempunyai pakej Conditioner atau Shine kerana ia akan memberi satu kelebihan buat anda. Kenderaan akan kelihatan baik dan bersinar jika mengunakan pencuci yang betul


Polish yang berkualiti akan memberi hasil yang sangat baik. Anda tidak perlu bekerja keras atau memerlukan teknik yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang baik. Cari Polish yang terbaik bagi memudahkan kerja anda.



Wax tayar yang baik dapat menggekalkan kilaun yang lama pada bahagian tayar. Ia juga melindungi jangka hayat tayar dari cuaca panas, hujan dan sebagainya

Kain untuk proses pengeringan adalah perlu baik kerana ia dapat memberi menyerapan yang baik, pantas dan mengilatkan kenderaan.



02 April 2011

♥ Lurania - Car Wash 2 ♥


Berikut adalah asas tentang Car Wash:-


Waktu Operasi:

9.oo Pagi hingga 10.00 Malam
Selasa Cuti


Contoh perkhidmatan yang ditawarkan:-


1. Memcuci kenderaan ( Snow Wash Wax )
2. Mencuci bahagian dalam kenderaan
3. Mencuci enjin ( Engine Degreasing )
4. Mencuci dan penjagaan cermin
5. Remove Watermark ( Menanggalkan kesan air pada cermin dan badan kenderaan )
6. Wax tayar
7. Polish dan Wax keseluruhan badan kenderaan
8. Mencuci karpet dan kusyen kenderaan
9. Semburan wangian dalam kenderaan


Menawarkan pakej yang menarik:-


Pakej 1 ( RM45.00 )

Car Wash
Vacuum
Tyre & Rubber Shine
Rubber Mat Cleaning
Dashboard Cleaning
Wax
Pakej 2 ( RM80.00 )

Car Wash
Vacuum
Tyre & Rubber Shine
Rubber Mat Cleaning
Dashboard Cleaning
Wax
Polish
Pakej 3 ( RM90.00 )

Cushion Cleaning Sahaja
Pakej 4 ( RM350 )

Lacquer, Polish & Wax
Cushion Cleaning
Carpet Cleaning
Door Panel Detailing
Engine Cleaning
Windscreen Treatment


Selain daripada mencuci kenderaan. Anda boleh meluaskan perniagaan bagi menambahkan pendapatan syarikat. Mengapa perlu mencuci sahaja. Sebenarnya kita boleh kembangkan dalam bidang ini. Kreatif dalam mempelbagaikan perniagaan dan mendapat keutungkan tanpa dijangka. Car Wash juga boleh menjalankan perniagaan seperti dibawah:-



Membekal peralatan Car Wash
Membekal pencuci kenderaan
Menyediakan kursus mencuci kenderaan secara sistematik, Polish, Wax, pengunaan mesin car wash, pengetahuan penjagaan kecantikan luar dan dalam kenderaan,
Memberi khidmat nasihat


01 April 2011

♥ Lurania - Car Wash 1 ♥

Permulaan Perniagaan


Bagaimana Untuk Membuka Perniagaan Car Wash

Apabila kereta kotor. Pemilik kereta akan sanggup mengeluarkan duit untuk mencuci kereta. Car Wash adalah pilihan yang tepat dan cepat untuk mencuci kereta. Saya akan memberi Tip Ringkas kepada anda bagaimana hendak memulakannya.


1. Mencari dan memilih lokasi yang berhampiran dengan jalan raya yang sibuk dan padat dengan kenderaan.Penglihatan tapak perniagaan yang baik adalah utama perlu di ambil kira untuk promosi Car Wash.


2. Hubungi Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang terdekat untuk memohon lesen perniagaan. Selepas itu memohon dengan Majlis Pembandaran yang terdekat.


3. Anda perlu ketahui apa syarat-syarat yang perlu dikenakan apabila perniagaan anda dilakukan. Contoh permit atau cas dari jabatan kerajaan.


4. Mencari pembekal pencuci dan peralatan Car Wash untuk bekalan.


5. Selidik dikawasan anda jika ia sesuai untuk membasuh kereta Full Automatic atau Half Automatic. Selepas itu anda boleh merancang untuk berapa ramai tenaga kerja untuk diupah.


6. Membuat satu rancangan perniagaan dari segi semua aspek untuk jangka masa panjang dan pendek.


7. Mengiklankan perniagaan anda dengan kreatif untuk memikat pelanggan.


Note:
• Elakkan memilih lokasi seperti stesyen minyak, tapak pasaraya atau sebagainya kerana pemilik tapak akan menaikan kadar sewa tapak dengan tingi untuk akan datang.
• Anda perlu sediakan dokumen-dokumen yang lengkap seperti yang dikehendaki ketika memohon lesen perniagaan. Anda boleh melihat syarat-syarat di website.
• Bijak mencari pembekal car wash untuk mengelak ditipu. Cari pembekal di sekitar kawasan anda.
• Elakkan menggunakan buruh asing kerana kos untuk pemgambilan dari agen sangat mahal dan juga tindakan undang-undang.
• Melabur lebih dalam membina papan iklan kerana ini daya tarikan yang kuat pelanggan untuk ke kedai anda.


Step Open Car Wash


Cari Tanah/Kawasan Yang Sesuai
Sediakan modal Minimum RM5000.00
Beli peralatan Car Wash
Cari pengedar pencuci dan polish/wax
Cari pekerja ( Minimum 2 Pekerja )
Operasi 9.00 pagi - 6.00 petang ( Isnin Cuti )
Beri perkhidmatan yang terbaik


Gaji Pekerja

Basic RM300.00 - RM500.00 + Komisyen RM1.00 (Sebuah Kenderaan)
Sediakan tempat tinggal dan makan minum (Tengahari Sahaja)


sumber dari :: 
http://papacarwash1.blogspot.com/p/tip-menarik.html