26 July 2012

♥ Panduan Pemakanan Ibu Hamil ♥




Hari ni aku nak shared pasal Ibu Hamil.
Jeng Jeng Jeng..
haha..
punye la xde keje.
sampai kesini lak kan.
tp xpe ini tuk future.
so 
bace la yer..

Selamat membaca..


Berikut merupakan Panduan Pemakanan kepada Ibu-Ibu Hamil.

Trimester pertama (1 hingga 3 bulan):

Peringkat awal bagi pembentukan organ janin 
(sistem saraf, otak, jaringan, otot, dan sel-sel darah) 
dan pembentukan plasenta.
 Jadi, selain memerlukan makanan yang seimbang, 
jangan abaikan keperluan tubuh anda 
yang memerlukan 
PROTIEN, 
ASID FOLIK
ZINK
ZAT BESI 
Perlu diketahui, 
ibu hamil perlu elakkan memakan hati, 
khususnya di peringkat ini 
kerana hati mengandungi vitamin A yang tinggi, 
dan boleh menyebabkan kesan sampingan kepada bayi 
dan mungkin akan menyebabkan bayi yang lahir cacat.

PROTEIN berfungsi untuk memelihara sel, 
menghasilkan hemoglobin, 
membentuk kekebalan tubuh, 
mengoptimumkan perkembangan otak janin, 
menambah susu ibu, dan sebagainya. 
Protein biasa didapati
dari produk haiwan 
(daging, ikan, telur, susu, keju, dan hasil laut) 
dan produk tumbuh-tumbuhan (
kekacang, biji-bijian, tempe, tauhu, dan lain - lainnya).

ZINK penting untuk mengoptimumkan perkembangan otak, 
mencegah anemia,
 mencegah terjadinya keguguran, 
dan sebagainya.
 Sumbernya? 
Hasil laut 
(terutama ikan yang berlemak tinggi), 
daging, telur, popcorn, dan sebagainya.

ZAT BESI (Fe) diperlukan untuk pembentukan hemoglobin,
 cadangan zat besi janin, dan sebagainya. 
Biasa diperoleh dari 
daging berwarna merah, bayam, kangkung, 
dan kekacang.


Trimester kedua (4 hingga 6 bulan):

Masa pertumbuhan janin dan plasenta,
 serta pertambahan volume darah. 
Jangan lupa, 
pengambilan protein,
kalsium dan zat besi
mestilah mencukupi.

KALSIUM (Ca) berperananan dalam pembentukan tulang 
dan gigi janin, pembekuan darah, 
meningkatkan metabolisme kalsium, 
dan sebagainya. 
Biasanya anda boleh dapati dari susu (sumber terbaik),
 keju, aiskrim, rumput laut, roti, 
ikan yang tulangnya boleh dimakan (sardin), dan lainnya.


Trimester ketiga (7 hingga 9 bulan):

Masa untuk mengoptimumkan pertumbuhan otak janin, 
dan ibu perlu bersiap sedia untuk proses bersalin 
dan menyusukan bayi.
 Sekarang, tubuh anda perlu cukup 
zat besi, kalsium, vitamin B6, dan asid lemak omega-3 
(misalnya, dari salmon dan tuna).

Vitamin B terbahagi kepada beberapa vitamin, 
seperti B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), 
B6 (piridoksin), B12 (kobalamin), dan sebagainya. 
Tugas vitamin B cukup banyak juga,
 seperti untuk metabolisme karbohidrat, 
metabolisme protein, menjaga fungsi sel 
dan jaringan, pembentukan sel darah merah, 
pertumbuhan janin, dan sebagainya. 
Vitamin B boleh diperoleh daripada daging, telur, susu, 
keju, kacang-kacangan, biji - bijian, bayam, tomato,
 pisang, avokadoo, beras merah, dan lain - lain lagi.

Selain dari di atas, Ibu-Ibu hamil jugak perlukan :

1. Vitamin A
Diperlukan untuk pertumbuhan sel, 
mencegah terjadinya penyakit keturunan, 
pertumbuhan tulang, 
menjaga fungsi rahim, 
dan sebagainya.
 Vitamin A ada pada buah – buahan 
dan sayuran berwarna hijau atau kuning, 
mentega, susu, kuning telur, dan lainnya.

2. Vitamin C
Diperlukan untuk penyerapan zat besi, 
memperbaiki jaringan yang rosak, 
pembentukan tulang, meningkatkan daya tahan tubuh, 
sebagai jaringan penghubung antara sel, 
dan sebagainya. 
Jadi, vitamin C selalunya diperoleh dari jeruk, 
cabai, tomato, nenas, dan sebagainya.


3. Vitamin D
Penting untuk pembentukan tulang dan gigi, 
serta membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan fosforus.
 Dari mana boleh diperolehi? 
Susu, kuning telur, mentega, ikan, dan banyak lagi.


4. Vitamin E
Banyak juga manfaatnya,
 iaitu mencegah kerosakan enzim dan sel, 
sebagai antioksidan, mencegah terjadinya keguguran,
 dan lain-lain. 
Terdapat pada kacang soya, jagung, ikan, telur, 
dan sebagainya,


5. Vitamin K
Penting untuk mencegah perdarahan setelah bersalin.
 Anda dapat perolehi dari sayuran hijau,
 gandum, buah-buahan, telur, susu, dan lain-lain.

6. Fosforus (P)
Untuk pembentukan tulang dan gigi janin,
 memperbaiki jaringan, 
meningkatkan metabolisme fosforus anda,
 dan sebagainya. 
Banyak didapati pada daging, ikan, 
telur, susu, keju, dan lainnya.


7. Iodin (I)
Penting untuk metabolisme, 
kesihatan janin kelak,
 dan produksi hormon tiroksin (untuk pertumbuhan). 
Sumber mineral ini adalah hasil laut,
 ganggang laut, dan garam beriodin.


8. Magnesium (Mg)
Diperlukan untuk metabolisme protein 
dan karbohidrat, mengaktifkan enzim,
 fungsi saraf dan otot, 
dan sebagainya. 
Ada pada biji-bijian, 
kekacang dan lain-lain.


Dan makanan yang perlu di elakkan oleh ibu hamil sepanjang kehamilan adalah:

Perasa Tambahan atau zat yang ditambahkan pada makanan, seperti MSG (MonoSodiumGlutamat), kerana dipercayai mampu mengganggu perkembangan janin, khususnya perkembangan otaknya. 


Makanan yang telah diawetkan atau diasap, seperti sosej, daging salai, ikan salai, dan sebagainya. Sebab, mungkin semasa mengandung, sodium nitrit yang dalam tubuh diubah menjadi nitrosamin. Sedangkan, zat tersebut dapat menyebabkan barah dan mengganggu perkembangan janin. 


Makanan yang banyak garam, seperti ikan asin, telur asin, ikan pindang, dan sebagainya. 


Makanan yang berkalori tinggi, tapi tidak berzat. Misalnya, burger, hotdog, kentang goreng, kerepek, dan sebagainya. Sebab, kandungan kalori, lemak, dan garam pada makanan tersebut biasanya sangat tinggi, namun sangat minima kandungan seratnya. 


Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna, kerana selalunya masih mengandungi kuman. Misalnya, bakteri Listeria monocytogenes yang sering mencemari daging, ayam, dan ikan yang tidak dimasak dengan betul, dapat mengakibatkan keguguran atau bayi lahir meninggal dunia. Atau, ayam dan telur yang dimakan mentah atau setengah masak dihinggapi oleh bakteria Salmonella, secara tidak langsung boleh mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang. 


Hindari makanan berlemak, sebab boleh mengakibatkan mual dan loya pada trimester pertama, disamping menyebabkan berat badan anda bertambah secara drastik.

No comments: