30 September 2013

♥ CARA MENGHINDARI SELSEMA&BATUK PADA ANAK ♥

Salam Isnin dr ku..
hehe..
Ari ni berat ati nak gi keje..
mane xberatnyer..
Anak xbape nak sihat..
Selesema n Batuk 
org ckp nak beralih bulan mmg mcm tu..
so kite kene kene la berjage..
mcm ne nak kawal suhu bdn anak supaya x memudaratkan...
gitu la kan...
klu da jd ibubapa ni..
anak la nyawa kita..
segala2nya dia..

ni petua aku dpt dr google..


meh la nak cube try test..
adekala mujarab.


tp
papepun

توکّلت علٰی اللہ


BISMILLAHI TAWAKALTU 'ALALLAH






Bila search google terjumpe la dr segi pengalaman n dr segi petua.
Jum kite praktikkan mane yg bole...


DARI SEGI PENGALAMAN

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital 
apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan 
seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi,
 mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka 
agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, 
pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. 
Kemudian condongkan sedikit posisi bantal 
dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) 
dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. 
Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak 
di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, 
biasanya bayi akan batuk atau bersin 
dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. 
Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut 
akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, 
sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini,
 pastikan anak tidak minum susu sejam 
atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, 
biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula 
untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer 
adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer 
dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital 
ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan 
kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung 
dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak 
akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis 
dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. 
Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, 
proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi 
dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak 
dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. 
Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku 
kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, 
ia hanya akan menyebabkan kesukaran 
kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.



sumber dari::



DARI SEGI PETUA

1. Sapukan dengan Minyak Bawang Putih
Cara membuat minyak bawang putih 
-Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak 
atau kulitnya sudah hitam, 
kemudian lenyekkan pada minyak, 
sapu di dada anak ketika batuk selsema..

-Bawang putih juga sbg antibakteria n antivirus..
info khasiat bawnag putih selebihnya boleh rujuk 

2. Petua Garlic socks :

Letakkan bawang putih pada stokin anak. 
Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang,
 kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, 
untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan 
(tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan 
sbb kepanasan bawang putih). 
Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih 
yang telah dibuat sprt gambar di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yg lebih dewasa, 
boleh guna sehelai stokin sahaja atau 
lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. 
Biar anak tidur semalaman begitu. 
Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. 
Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus . 


Garlic enters your system and heads straight for the lungs.
Garlic is amazing for the lungs. 
This is a great way to fight bacterial infections. 
It also enhances your immune system and fights viruses at the same time!


3. Petua bawang merah

Potong bawang merah kepada 2
 dan letakkan di tepi bantal anak, 
buat selama 3 hari berturut.
 Bawang akan meng'absorb' semua virus2 di udara. 
Bawang yang terdedah tadi jangan di gunakan 
didalam makanan kerana dikuatiri memudaratkan. 


Nota : Jangan sekali2 menggunakan bawang yang telah terdedah. 



4. Steaming and cupping

Teknik percussion perlu di buat 1 minit bahagian kiri belakang badan 
dan 1 minit bahagian kanan belakang badan 
dan telentangkan anak ke depan 
dan tepuk selama 1 minit bahagian depan kiri dada 
dan 1 minit bahagian kanan depan dada. 

Ulang proses tersebut sehingga sekurang2nya 10 minit. 
Sekiranya anak meronta dan menangis itu lebih baik 
kerana dia menyedut wap tersebut dengan lebih agresif. 
Kalau tangan anak bergerak2, 
bedung anak tersebut dan salinkan pakaian baru selepas selesai proses steaming.


5. Madu asli.

Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil..
 Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.
Madu boleh mengeringkan kahak. 
Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.



sumber dari ::





No comments: