30 November 2012

♥ Shortcut Chatting ♥



Salam Jumaat semua..
Hari ni aku nak share tentang singkatan dlm berchatting...
Kdg2 mcm2 kite jumpe 
tp xtau ape maknenyer...
so..
kat ni aku shared yg selalu digunakan la...
ada byk lg sbnrnya..
tp rase xpenting yg laen tu..
so ni jek la yg penting.
dan yg selalu gune..

jum terjah...



2moro  Tomorrow
2nite  Tonight
AKA  As Know As
ASL  Age Sex Location
ASAP ✿ As Soon As Posible
BF ✿ Boyfriend
BRB Be Right Back
BTW  By The Way
B4N  Bye For Now
BFF  Best Friends Forever
DIY  Do It Yourself
FYI  For Your Information
GR8  GreatGF - Girlfriend
GTG  Got To GoIC- I See
ILY  I Love You
J/K  Just Kidding
L8R  Later
LMAO  Laughing My Ass Off
LOL  Laughing Out Loud @ Lots Of Love
NP  No Problem
NOOB  New person to a site or game
OL  Old Lady
OM  Old ManOIC - Oh, I See
OMG  Oh My God
OT  Off Topic
SYR  Serve You Right
TQ  Thank You
THX @ TX @ THKS  Thanks
TMI  Too Much Information
TTYL  Talk To You Later @ Type To You Later
TYVM  Thank You Very Much
WEG  Wicked Evil Grin
WTF  What The F***
WTH  What The Hell
WYWH  Wish You Were Here
XOXO  Hugs and Kisses



♥ 3D 4D Scan - Story 1 ♥



Skrg kandungan aku da mencecah 24minggu..
mcm xpercaya jerk..
berat aku lak dr mula mengandung smpai skrg 
da naek sebyk 7.4kg.
huhu.....
terfikir nak gi scan 4d..
bile aku search ada yg kata time ni la oke klu nak scan..
so ape lg...
huhu..
dup dap dup dap...

Pagi ni aku tgh mencari dimana tempat nak buat scan 3D & 4D
untuk menetukan jantina baby ni kan.
tu pun klu baby aku ni nak tunjuk kat mummy daddy dia la kan..
klu dia nak wat suprise gak nak wat mcm ner..
terima jek la
hehee....

so aku search punye search ade la jumpe yg terdekat ni..
Ofcoz area Ampang...

KLINIK FAUZIAH & RAKAN-RAKAN
15 Persiaran Desa Ampang, 
68000 Ampang,
Selangor.


Nak wat appoiment pun senang just online jek...
aku pun baru jek pas wat appoiment ..
ingat nak gi sabtu tp full lak..
so aku gi ari Rabu jek la..


klu korang nak wat appoiment gak 
cer click link bwh ni..



mmg senang jek nak wat appoiment tu..
klu korg call pun mesti dia suh wat on9 gak..

xcaye try la call 

Doc. JezzLyn
017-620 2933



kat bwh ni lak senarai harga nya..

Procedure Charges Rate: 

3D/4D Scan Charges : RM100
( include 3D picture and video in CD and Print Out) 
Detail Scan Charges : RM150 
( Check for anomaly in 2D scan, for 20-26 weeks only! ) 
2D scan : RM50 
( only for Ampang and Seri Kembangan area) 
3D/4D Scan + Detail Scan Package : RM200 


Suggested week for 3D/4D Scanning: 

1st scan: (22-25 weeks): 
See more baby movement, might scan the whole baby body, 
can see more in hand and legs movement, 
but the baby might look skinny a bit, but its already cute! 

2nd scan: ( 26-30 weeks): 
More on baby face as the baby look more cubby, 
but leg and hand scan depend on the liquour enough or not.... 

3rd scan (30-35weeks): 
Harder to scan depend on air ketuban only.. 
The chances to take a bit low compare to less than 30wk, 
but the baby will look more cubby... if cant see the baby face, 
there is no charges apply, so might can have a try....
FOR Seri kembangan and AMPANG area only 



x Sbr nak tggu Rabu minggu depan...
huh...

Wednesday, 
December 05, 2012 
07:40 PM - 08:00 PM MYT

i'm waiting.......

mahu tahu boy @ gurl 

jum layan story 2 lak..

sumber dari ::
http://redaqualily.blogspot.com/2011/08/scan-3d4d.html


27 November 2012

♥ Diet Untuk Kehamilan ♥




Apabila memperkatakan tentang diet, harus diingatkan bahawa diet yang seimbang ialah diet yang sihat. Ini tidak bermakna anda harus kurangkan pengambilan makanan kerana ingin menurunkan berat badan tetapi anda harus tahu apa yang anda makan samada ianya sihat atau tidak. Di sini dilampirkan beberapa cara untuk mendapatkan diet yang sihat untuk memudahkan anda untuk hamil. Anda boleh mulakannya hari ini.


Kurangkan pengambilan kafein

Elakkan dari kerap minum kopi. Kajian yang dijalankan oleh Leondires menunjunkkan kafein menyempitkan saluran darah, memperlahankan peredaran darah ke uterus dan berpotensi untuk menyukarkan ovum untuk melekat di dinding rahim. Jika anda seorang penggemar kopi, anda bolehlah memulakan cara baru dengan mengurangkan kandungan kopi yang diambil dengan melebihkan susu berprotein. Ini secara tidak langsung dapat membantu anda menambahkan kalsium di dalam badan. Jika anda terus berhenti secara mengejut dari mengambil kafein, anda mungkin akan berhadapan dengan masalah sakit kepala.


Kawal pengambilan karbohidrat


Tidak bermakna anda harus mengurangkan pengambilan nasi, roti atau pasta. 
Tetapi anda harus mengambilnya dalam kadar yang berpatutan.

Jika anda mempunyai PCOS (polycystic ovary syndrome) yang merupakan salah satu faktor biasa yang menyukarkan wanita untuk hamil, anda perlu mengambil berat tentang makanan yang terdiri dari bijiran. PCOS ialah hormone yang tidak seimbang yang mungkin bertambah teruk jika tahap insulin dalam darah tidak stabil. Penyebab utama di sebalik insulin yang banyak ialah dari pengambilan karbohidrat. Pakar kesuburan Leondires menyatakan apabila wanita yang mempunyai PCOS makan banyak kandungan karbohidrat, insulin yang mengalir dalam darah akan menyebabkan berlaku proses pengovulan
 yang tidak normal.


Banyakkan pengambilan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.


Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral, ia juga merupakan membekalkan phytochemical dan anti-oksidan. Alam sekeliling yang sememangnya terdedah dengan pelbagai molekul halus dari cahaya matahari sehinggalah ke asap kenderaan boleh merosakkan penghasilan sperma, ovum dan sistem reproduktif yang sihat.

Dapatkan sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna seperti beri biru, capsicum dan strawberi. Semakin banyak campuran warna asli dari buah-buahan dan sayuran yang anda ambil, semakin banyak nutrient yang anda dapat. Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian anda.


Jadilah cerewet apabila ingin makan ikan

Badan anda memerlukan lemak asid omega-3 untuk membantu menyuburkan sistem peranakan dan ikan ialah salah satu sumber yang terbaik. Tetapi anda harus berhati-hati kerana bukan semua ikan boleh dimakan kerana sesetengahnya mengandungi kandungan mercury yang tinggi dan ini adalah perkara yang harus dielakkan oleh ibu hamil. Merkuri adalah sangat berbahaya kepada fetus yang sedang membesar dan ianya boleh kekal aktif dalam tubuh seorang wanita lebih dari satu tahun.


Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana bukan semua ikan mempunyai kandungan merkuri. Wanita yang ingin hamil bolehlah makan ikan keli, udang, tuna, salmon.

Walaupun kadangkala anda tidak begitu mengambil berat tentang makanan laut, tetapi sumber omega-3 adalah sangat penting untuk perkembangan otak bayi dan proses tumbesaran mata. Ianya rendah lemah dan kaya dengan protein, vitamin D dan beberapa nutrient penting untuk membantu bayi anda membesar dan melalui tempoh kehamilan yang sihat.


Badan anda mampu menyimpan omega-3 untuk beberapa minggu, 
jadi ia adalah satu idea yang bagus 
untuk menyediakan badan anda dalam keadaan yang sihat sebelum anda hamil.


Yang paling penting ialah
 banyakkan mengambil ikan yang segar 
dan elakkan makanan laut yang telah pun ditinkan.


Banyakkan zat besi dalam badan


Banyakkan badan anda dengan zat besi sebelum anda hamil terutamanya jika anda melalui tempoh haid yang banyak dan panjang.

Banyakkan makan daging merah atau sayuran yang kaya dengan zat besi yang boleh membekalkan darah seperti bayam. Untuk yang terbaik, dapatkan nasihat kesihatan dari doktor peribadi anda dan jalani ujian darah untuk anemia. Pastikan tubuh anda sihat dan cergas sebelum anda bersedia untuk hamil.


Bagaimana pula dengan diet suami?


Nutrisi mempunyai potensi yang besar untuk menghasilkan sperma yang subur. Pelbagai kajian telah menunjukkan cara pemakanan yang tidak teratur dan pengambilan alcohol boleh mengurangkan kualiti dan kuantiti penghasilan sperma dan menyukarkan seseorang wanita untuk hamil. Hampir 40 % kesukaran untuk hamil berpunca dari lelaki – jadi tukarlah diet anda kepada diet yang lebih sihat.

Perlu diingatkan anda juga harus menetapkan pengambilan kopi hanyalah secawan atau dua cawan sahaja dalam sehari. Ini kerana beberapa kajian telah mendapati kafein merupakan salah satu sebab lelaki mandul.


Apakah nutrient yang paling penting untuk bakal bapa?


Diet harian anda hendaklah seimbang dan terdiri dari pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan

Banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C dan yang mengandungi antioksidan. Nutrien ini dapat membantu mengelakkan sperma dari cacat dan membantu meningkatkan tahap motiliti nya. (pergerakan). Segelas jus oren segar yang mengandungi 124 mg vitamin C sudah mencukupi dalam sehari. Sekiranya anda seorang perokok, minumlah lebih dari segelas jus oren segar.

Dapatkan zinc yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan walaupun hanya kekurangan sedikit zinc boleh mengurangkan kualiti air mani dan menurunkan level testosterone. Cara yang terbaik ialah dengan mengambil makanan laut seperti tiram, kerang dan daging lembu.


Tambahkan kalsium dan vitamin D. 
Dengan minum banyak susu dan yogurt 
dapat membantu anda untuk meningkatkan kesuburan kelelakian anda.





sumber dari ::
http://www.biodex2u.com.my/blog/Diet-Untuk-Kehamilan/7/latestblog.html

26 November 2012

♥ Surah-Surah Amalan Ketika Hamil ♥

Marila kita sama mengamalkan nya...
smoge semuanyer dipermudahkan..
amin..
korg leh klik jek surah2 tersebut utk trus bace..
thanks..
sharing is caring...



Surah-Surah Amalan Ketika Hamil

 Al-Fatihah 
- Untuk menerangkan hati dan kuat ingatan.

✿ Luqman ✿ 
- Mendapat anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
(Amalkan pada minggu ke-24 kandungan)

✿ Maryam 
- Memudahkan ibu bersalin dan mendapat anak yang soleh.

✿ Al-Hujuraat 
- Memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

✿ Yusuf 
- Mendapat anak yang cantik rupa dan akhlak.
(Dimulakan pada minggu ke-16 kerana ketika itu roh mula ditiupkan).

- Memudahkan ibu bersalin (dengan izin Allah)

- Melindungi diri dari sebarang godaan syaitan dan kemudaratan.

- Doa memohon dikurniakan anak yang soleh.

- Doa memohon rahmat.

- Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

- Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t

- Untuk menjaga akidah / memberi hidayah kepada anak.

- Doa agar diperelokkan dan disempurnakan sifat anak dalam kandungan.

- Doa agar dikurniakan anak yang menyenangkan hati ibu bapa / doa untuk mendisplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.


click here

Al-Quran




<<<  klu nak lebih afdal kan  >>>

<<< baca jek al-quran tiap2ari  >>>
<<< tu pesan mak saya la >>>


tima kasih mak. 




sumber dari :: http://www.surah.my/

21 November 2012

♥ Muslihat Kaum Zionis Israel? ♥

Selamat pagi semua...
Alhamdulillah syukur pd illahi 
aku diberi kesihatan utk meneruskan kehidupan ini.. 
lalu pantas aku boleh meneruskan penulisan aku disini.
Ari ni bila aku bukak fb..
aku tedetik dan tersentuh dgn petikan ini..
jum kite hayati kenyataan bro ini..
ada betulnya ape yg beliau katakan ini..
selamat membaca ya..




MENGAPA IS RAYEL TAK SERANG MALAYSIA?

1. Melihat dengan MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di ga za, apa sebenarnya intention pihak zio nis yg cuba lakukan. Gaza tue besarnya, tau besarnya berapa? Utara ke Selatan 40km (jarak kl - shah alam) Timur ke Barat 7km (jarak cheras - KLCC). Penduduk 1.4 Juta orang di kawasan ga za shj. Tanah paleystin berpecah belah negaranya.

2. Kalau dilihat dari 
peta paleystin sekarang, kenapa ianya berpecah2? Mengapa pihak zi0ni$ tidak mengambil kesemua tanah paleystin? ataupun kalau dia nak ambik, kenapa negara paleystin tidak menjadi negara yang bersambung-sambung?

3. Jadik kesimpulan ringkas yg diamati, pihak zi0ni$ sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara paleystin kerana mereka tak mahu umat islam bersatu, mungkin jika bersatu, mmg sekejap shj is rayel akan boleh ditawan semula dengan mudah. 

4. Sebenarnya kalau nak melenyapkan terus umat Paleystin, pihak musuh hanya perlu bomb 3 tempat sahaja, hospital, bekalan air, dan bekalan elektrik. Habis cerita... tetapi pihak musuh tidak menyerang tempat tersebut, mereka menyerang tempat2 di mana ramai rakyat paleystin berhimpun, di rumah2, kenapa? Mengapa mereka tidak melenyapkan terus umat paleystin? 

5. Sebenarnya, mereka mahu menunjuk pada dunia, yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA umat islam, di sana mereka MENYEKSA umat-umat islam secara fizikal. Kita di sini, mereka MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan platform yang telah mereka bina mcm fesbuk nie. Kita disini DISEKSA secara berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.

6. Lapar, nak makan cepat, ada McD. Nak tunggu nasik campur, takder drive thru, apatah lg nasik goreng kampung pun takder drive thru, nak order pun 10 minit nak goreng. Sy juga tidak terkecuali, sekarang sedang menggunakan pc yg processornya adalah IN TEL, mmg IN TEL ada kilang di merata dunia termasuk di Pulau Pinang & Kulim. Tetapi pusat RND nya ada di 'sana'. RND = enjin sebenar. Sapa tak pernah makan Kit Kat, air yogurt Nestle (semalam baru minum), apatah lagi Colgate, Coke, dan minyak bayi anak sy pun pakai Johnson & Johnson. 

7. Secara amnya, hampir 2/3 daripada isi pasaraya tue milik ____? Habis kenapa kita terpaksa beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita tidak ada PILIHAN? Sebab kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba. Nak wujudkan PILIHAN katalah buat nak buat biz tiru coffe be an, belum apa2, baru nak setup kedai, dah kawan tipu kawan, adik beradik bergaduh, mcm mana nak buat branch banyak negara. 1 kedai pun belum naik. Mengapa kita ada sikap tersebut? Apa yang kita makan itulah diri kita. Abis kita makan apa nie? 

8. Eyh tengok org sana berperang kita di sini pun berperang jugak, bezanya sana berperang, memang betul2 berperang dgn musuh, kita di sini berperang dgn melihat mempertikaikan kenapa perlu boi kot, kenapa perlu derma, ada yg kata derma bermusim. Hallo hallo pasal tue lah, ianya menjawab tajuk post nie. Buat apa Is Rayel nak serang kita, diorang tak buat apa2 pun kita berperang sesama sendiri. Lagipun diorang dah menang tanpa bertanding.... Sebab apa menang tanpa bertanding? Di kala mereka sedang cuba menghapuskan saudara2 kita, kita masih lagi TERPAKSA guna produk mereka. Burger telur free pun berebut nak beratur sampai luar pintu.

9. Biarlah kawan2 kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma, ada yang nak berdemo, biar mereka berdemo, ada yg boleh berdoa, biarlah mereka berdoa, sekurang2nya masing2 cuba melawan dengan kudrat apa yang ada. Sbb tue kalau tgk di tv, ada org2 muda paleystin yang baling batu ke arah kereta kebal. Batu tue kena kereta kebal pun, org dalam kereta kebal tak dengar bunyinya. Tp semuanya ada sikap berjuang nak melawan.

10. Hikmah kejadiain ini juga adalah signal dari ALLAH, supaya umat islam sedar, walaupun kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak caya? cuba masuk mana2 kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran. Yang nie orang tok sidang, yg nie org penghulu, tak ngam dgn tok sidang, yg tok sidang punya geng tak ngam dgn Timbalan Pengerusi Surau yang ke-3. Yang di jabatan2 tiap2 hari khamis pakai baju batik pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team! Team A baik dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan Ketua Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2. Tak faham? (Ini adalah exp sy yang paling mahal semasa berkhidmat sbg Kaki Tangan Awam suatu masa dahulu)

11. Jangan lupa juga sesungguhnya bumi paley stin masih lagi wujud hasil doa2 umat islam di seluruh dunia, kita di masjid2 time solat jumaat pun khatib bacakan doa kesejahteraan rakyat2 paley stin. Tempat israk mikraj tue bro.

12. Kawan², rakan² marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar, janganlah kita jadikan situasi tersebut sbg alasan untuk kita tidak boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman dahulu, banyak sangat clog yang perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih sepenuhnya baru nak jadik baik, asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yg ada tue akan mula beredar perlahan2. Bersolat bukan sekadar bersolat, bersolat fahamkan makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal 30 juzu' baru nak sampaikan benda yang baik. Pernah dengarkan "Sampaikanlah walaupun 1 ayat"? Sekurang2nya boleh menjadi ulangkaji kepada yang si menyampaikan, bro cuba lu tgk page sham kamikaze, hari2 post pasal kelebihan solat dhuha, tiap2 waktu ingatkan org suruh solat awal waktu, apsal dia buat selalu? Sebab dia ambik 'roh' azan. Apa itu 'roh' azan? Manusia perlu diingatkan sepanjang waktu.

13. Tidurlah awal, agar kita dpt berjemaah subuh esok, kan dan dikhabarkan, 'mereka' hanya akan takut kalau subuh kita sama ramai dengan solat jumaat. Kerana itulah sebenarnya kunci kekuatan umat islam seperti umat paley stin yg menyebabkan zio nis takut kerana jemaah subuh mereka.




sumber dari :: 
http://www.facebook.com/photo.phpfbid=4826685782287&set=a.1727797952028.2098801.1150821132&type=1&theater


20 November 2012

♥ Ringankan Blog & No Loading Blog ♥

Loading 
Loading
Loading

sangat membosakan 
jika ia berlaku di blog anda..

jadi bagi mengatasinya jum ikut cara ni....


> DESIGN <
> LAYOUT <
> ADD A GADGET <


Highlight code & CTRL+C
for copy this code.
<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js">
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgo4NV9ADRm_zILB_IgYBM88ow2GNgFLHZCKHinAl9NsZgn2bZ-TnXCcgwkwDVQcOSaYENvL6CNs_wvce15WGqAor4y2oRMILI6FQJMey_6h3wwFUlJBxoI8SunuDWlO8OaZbQFibElNdA/s1600/grey.gif"
});
});</script>

> HTML / JAVA SCRIPT <
paste at the content

> SAVE <


FINISH ALREADY.

VIEW YOUR BLOG



NO LOADING AGAIN..
Tenkiu...



♥ Ya Allah Selamatkanlah Palestine ♥


Assalamualaikum w.b.t  semua.

Di pagi yg indah ini marilah kita bersama2 bertawakal pada ALLAH s.w.t.
kerna DIA 

kita masih sihat sejahtera
kita masih aman makmur
kita masih boleh bangun
kita masih boleh bekerja
kita masih boleh gelak ketawa
kita masih boleh buat semuanya.

berbanding di GAZA , PALESTINE skrg

mmg berbeza..
sangat syadu disana..
pelbagai rintangan yg dihadapi oleh kaum islam disana.
sgt tragis.
tiada belas kasihan langsung dr kaum ZIONIS 

Subahanallah

Semoga Allah dpt membalas setiap perbuatan yg dilakukan itu..

Ya Allah ya tuhan kami, 
tolonglah bebaskan saudara kami di palestin dari kekejaman israel laknatullah...!
 Turunkanlah bala yang dahsyat kapada negeri dan rakyat israel, 
sesungguh nya Allah maha melihat maha mengetahui 
dan maha atas segala galanya. 
Amin ya rabbal a'lamin...


OLEH  YANG DEMIKAN 

APE YG KITA LAKUKAN DISINI ?
ADAKAH HANYA DUDUK DIAM SAHAJA ?
JANGANLAH KITA TIDAK MENGAMBIL 
APE2 TINDAKAN PUN
MENGENAI ISU INI.


RASULLULLAH s.a.w ADA BERSABDA ::

YANG BERMAKSUD
" BARANG SIAPA YANG TIDAK MENGAMBIL 
TAHU AKAN KEADAAN UMAT ISLAM 
MAKA DIA BUKAN DARI GOLONGAN MEREKA"
(GOLONGAN ISLAM)

NAUZUBILLAH....


JADI MARILAH KITE SESAMA


< BERDOA + MENDERMA + MEMBOIKOT >


✿ BERDOA 

Do'a untuk GAZA, Palestine.


اللَّهُمَّ انصُرِ الإِسلام والمْسُلِمِينَ



اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي كُلِّ مَكَانٍ



(اللَّهُمَّ انصُرِ المْسُلِمينَ فِي فَلَسطِين (3كالي



اللَّهُمَّ دَمَّر الكفَارَ واليَهُـودَ والنَّصَارَى والمْشُرِكِينَ



اللَّهُمَّ يَا اللّـه يَا اللّـه يَا اللّـه إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم



Wahai Tuhan kami,

Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,

Ya Tuhan kami,

Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami,
Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

Aamiin :'(




http://www.facebook.com/pages/Ya-Allah-Selamatkan-Saudara-Kami-Di-Gaza/334345306663741


✿ MENDERMA 



http://www.amanpalestin.net/


 MEMBOIKOT 



Kenapa perlu Boikot?


Setiap ringgit yang kita belanjakan 
untuk membeli produk seperti 
Coca Cola, Pepsi, Mirinda, Pringle’s, Kraft, Johnson&Johnson, 
Levi's, Caltex, Esso, McDonald, KFC, Burger King, dan banyak lagi, 
akan secara langsung menyumbangkan 
kepada kekukuhan ekonomi Amerika dan Israel. 
Dengan kekukuhan ekonomi, 
mereka dapat mencipta lebih banyak senjata pembunuh 
dan pemusnah yang bakal digunakan 
terutamanya ke atas Umat Islam 
bukan sahaja di Iraq, Afghanistan, Palestin,
 malahan di seluruh muka bumi ini 
pada suatu hari nanti.


Sebagai manusia yang beragama dan bertamadun, 
sudah tentu kita tidak suka menggunakan cara keganasan 
yang digunakan oleh Amerika dan israel 
untuk menegakkan pendirian 
(dengan menjadi pembunuh dan pemusnah). 
Boikot adalah salah satu cara 
untuk meluahkan penentangan terhadap 
kezaliman, ketidakadilan dan keganasan zionis; 
tanpa perlu kita bertindak ganas. 
Sebagai pengguna, kita mampu memainkan peranan 
untuk merubah keadaan.
 Kalau tak mampu boikot semua produk keluaran Amerika
 dan syarikat yang menyokong israel, 
kita bermula dengan beberapa item yang kita mampu dulu,
 InsyaAllah. 
Kita sebagai Insan yang lemah hanya merancang, 
mencari ikhtiar dan berusaha, 
Allah Taa'la yang Maha menentukan segalanya. 
Walau apapun, 
perjalanan 1000 batu bermula dengan satu langkah. 


Bagi kita rakyat Malaysia yang merdeka, 
kita masih mampu mengubah keadaan 
dengan lidah dan tangan. 
Sebagai pengguna pula,
 kita masih mampu untuk berbuat sesuatu 
dengan kuasa membeli yang ada pada kita.
 Kita juga mampu menggunakan lisan kita 
untuk memberi penerangan dan pendidikan kepada oran lain.


Sewaktu Nabi Allah Ibrahim a.s dibakar 
oleh Namrud dengan api yang menjulang seperti gunung, 
seekor burung membawa beberapa titis air di dalam paruhnya 
untuk cuba membantu memadamkan api yang membakar. 
Burung-burung yang lain mengatakan 
apalah gunanya engkau membawa beberapa titis air 
untuk memadamkan api yang menggunung itu. 
Belum pun sempat air itu jatuh ke bawah, 
sudah tentu hilang sekelip mata akibat kepanasan api. 
Burung yang cuba membantu menjawab, 
"sekurang-kurangnya, 
aku tidak berpeluk tubuh tanpa cuba berbuat sesuatu. 
Setidak-tidaknya aku telah berusaha 
setakat termampu untuk menyelamatkan 
agama Allah di atas muka bumi ini."


(Ar Raad 13:11)
 "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum 
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri …"



sumber dari ::

http://www.sabasun.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=52&Itemid=64

Sekian dari saya untuk semua..

Sharing is Caring...
sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah s.w.t
dan yg sebaliknya kesilapan dari saya sendiri..
harap dimaafi...


19 November 2012

♥ Karipap Oh Karipap ♥


Monday blues..
Bila isnin jek..
Mesti susah nak bangun tdo..
Mesti malas..
Mesti rase nak skit jek..
Dan bermcm2 alasan lg..

Mcm ner la nak atasi monday blues ni..

Waduh
Waduh


Ari ni aku mc.. 
Bile bgun tdo jek gi tgok tv..
Bkak la rancangan 5rasa..
Da la bru bgun tdo..
Tgok org masak lak..
Mmg lapar giler..
Tetibe aku teringin nak mkn KARIPAP lak..
So ape lg..
Aku tgok bhn 2 smua ade. 
Aku pun wat la karipap..

Resepi Karipap..

Bahan utk inti
Kentang ptong dadu
Bawang merah tumbuk
Bawang putih tumbuk
Ikan bilis tumbuk
Cili kisar
Serbuk kari
Daging cincang
Garam 
Gula
Air
daun kari klu ada


Bahan kulit
Tepung
Air garam
Minyak masak panas

Cara-caranya

  Tumis bhn yg ditumbuk td. 
Bwg merah + putih + ikan bilis..
  Masukkan cili kisar n serbuk kari
  Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit air.
  Setelah sebati masukkan daging cincang dan kentang td.
  Biar kan kentang masak dgn secukupnya..
  Akhir sekali masukkan garam dan gule..
  Da siap. Sejukkan dlm mangkuk..


  Untuk kulitnye pule. Sediakan tepung gandum
  Panaskan minyak sekejap. Dan curahkan sedikit dlm tepung td.
  Bancur air dgn garam
  Uli sehinggah manjadi doh lembut.
  Bile da siap boleh la uli dab masukkan inti td.
  Gorengkan dgn minyak panas.
  Da siap goreng boleh da dihidangkan.


Selamat mencuba..