As-salam smua..
selamat pagi dan selamat hari jumaat..
Jumaat
merupakan penghulu segala hari..
dan hari ketentuan umat...
dan juge tanda kebesaran Illahi...
Sebenarnya banyak kelebihan ari jumaat ni..
klu kite betul2 mengerti tentang hari jumaat
pasti kite akan mensyukurinyer..
jadi..
marilah kite sesama mentelaah tentang
hari jumaat ini...
yg baek dtg dariNYA
dan yg buruk itu kesilapan saya sendiri..
harap di maafi yer pd semua..
Perkara2 sunnah dihari jumaat
Jumaat Datang Lagi
Masa berdetik setiap saat.
Tanpa disedari Jumaat muncul lagi.
Berhimpun di masjid untuk berpakat.
Hari mulia lagi diberkati.
Kalau panas makan kembang semangkuk.
Kalau tidak kerengkung naik merah.
Mendengar khutbah kenapa terangguk-angguk.
Apakah khatib juga yang bersalah.
Kandungan khutbah biarlah matang.
Membacanya pula sambil berdiri.
Khatib menjaga ramai orang.
Makmum hanya seorang diri.
Belajar al.Quran membantu solat.
Ketika belajar hendaklah bersabar.
Hanya sejam untuk beribadat.
Apakah tidak sudi untuk bersabar.
Makanlah sedikit sebelum ke Jumaat.
Jangan sampai perutnya kenyang.
Itulah cara khusyuk solat.
Kalau tidak mindanya melayang-layang.
Banyak ilmu di dalam khutbah.
Mengapa ramai mengabaikannya.
Bagaimana kita mahu berubah.
Kalau buat indah tak indah saja.
Kasih saudara semasa berada.
Itulah saat yang paling indah.
Sifat ilmu hidup sentiasa.
Semakin digunakan semakin bertambah.
Sekian sahaja ana berceloteh.
Memamerkan ilham di pagi hari.
Menulis yang baik menghasilkan faedah.
Untuk dibawa ke akhirat nanti.
Antara hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari jumaat:
✿ Adam dicipta dan hari Adam dikeluarkan dari syurga
✿ Hari kiamat akan berlaku
✿ Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat
akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat
✿ Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat,
maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya
sehingga matahari terbenam pada hari itu.
✿ Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh
Abi Said Al-Khudri bermaksud:
“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,
Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
✿ Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat,
Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan,
demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
✿ Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh
Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat
seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
✿ Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya,
maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia
daripada terbabit dosa besar.
✿ Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat,
mudah dimakbulkan Allah.
Semoga Jumaat kali ini lebih baik dr sebelumnya..
dan Jumaat akan datang lebih baik dr hari ini...
amin....
No comments:
Post a Comment