Assalamualaikum w.b.t
Hari ni aku nak share skit ape yg aku jumpe..
Kali ni aku nak share dgn korang tentang anak pula .
aku search ni pun sbb ade mbr aku tag kan di fb..
tenkiu la sbb bg info yg bergune...
Jum kite mentelaah disini...
Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam
ketika menyambut bayi diantaranya:
ketika menyambut bayi diantaranya:
✿ Disunatkan mengucapkan TAHNIAH ✿
Orang-orang Islam
adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah
kepada saudaranya
atau sahabat-handainya
yang baharu sahaja menerima cahaya mata.
Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya
selain itu amalan ini dapat mengeratkan
silaturrahim sesama Muslim.
Sekiranya seseorang itu tidak sempat
untuk mengucapkan tahniah
adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan
kepada saudaranya
dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya.
Antara doanya ialah:
Yg bermaksud ::
" Semoga ALLAH memberkati kurnianNYA,
syukurilah atas pemberian ini,
penuhilah keperluannya
dan rezekikanlah masa hadapannya"
Kemudian apabila doa ini diucapkan maka
disunatkan pula kita menyahut dgn ucapan
disunatkan pula kita menyahut dgn ucapan
Yg bermaksud ::
"Mudah-mudahan engkau juga diberkati ALLAH
serta dilimpahkan keberkatan keatas engkau"
✿ Disunatkan azan dan Iqamah ✿
Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud:
"Sesiapa yang memperolehi
cahata mata (anak) maka hendaklah
diazankan di telinga kanan dan
diiqmahkan di telinga kiri,
nescaya terlepaslah darinya
angin tiupan syaitan”
Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu,
selain dari usaha untuk memohon perlindung
daripada gangguan syaitan,
daripada gangguan syaitan,
azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah,
kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya.
Dengan itu jika lakukan seruan ini
akan mendahului seruan syaitan.
akan mendahului seruan syaitan.
Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia
yang asal sebelum digoda oleh syaitan
yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk
dan dilaknati oleh Allah.
✿ Melakukan Tahnik atau membelah mulut ✿
Tahnik ini dilakukan
dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk
dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta
dengan perlahan-perlahan digerakkan jari itu
ke kanan dan kiri mulut bayi.
ke kanan dan kiri mulut bayi.
Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh
pada keseluruhan mulut bayi berkenaan
dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya.
Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan
dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya.
Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah
oleh orang alim atau orang soleh
untuk mendapatkan keberkatannya.
Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a.
katanya:
katanya:
“ Telah dikurniakan kepadaku seorang anak,
aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w.
baginda menamakannya Ibrahim,
lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar
dan mendoakan keberkatan untuknya,
kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku”
amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya
lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.
✿ Mencukur rambut ✿
Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya,
kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak
dan disedekahkan pada fakir miskin,
jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya.
Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu:
Dari sudut kesihatan,
ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya,
menghilangkan selaput kulit kepala
(iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala)
dan juga dapat memberikan daya kekuatan
dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran.
Dari sudut kemasyarakatan
bercukur mengalakkan umatnya bersedekah
disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya.
Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam
tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’
iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri,
ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t
dan RasulNya s.a.w.
di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri.
Larangan mencukur sebahagian kepala
dan meninggalkan sebahagian kepala
dan meninggalkan sebahagian yang lain
merupakan suatu perbuatan yang zalim
kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi
dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.
Berkhatan ialah memotong selaput kulit
yang menutupi kepala zakar lelaki
atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“ kebersihan itu lima perkara: berkhatan,
mencukur bulu ari-ari, menggunting misai,
memotong kuku dan mencabut bulu ketiak”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,
a) menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri
bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
b) Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan
setengahnya yang lain mengatakan khatan hukumnya adalah wajib.
Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada
hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
setengahnya yang lain mengatakan khatan hukumnya adalah wajib.
Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada
hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia
dari golongan dewasa”
dari golongan dewasa”
Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa
berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh.
Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab
hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak.
Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan.
Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“ Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin
serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari
( dari hari kelahiran)”.
(Riwayat Al-Baihaqi).
Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik
untuk dinamakan kepada anak-anak kita s
ebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam
dan Orang yang bukan Islam.
Nama yang baik juga sangat mustahak
kerana panggilan yang sering dipanggil
kerana panggilan yang sering dipanggil
adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.
info sumber dari ::
http://faizal.iits.com.my/caracara-perkara-sunat-dalam-menyambut-bayi-mengikut-islam/
No comments:
Post a Comment