Showing posts with label ♥ r e s e p i ♥. Show all posts
Showing posts with label ♥ r e s e p i ♥. Show all posts

19 November 2012

♥ Karipap Oh Karipap ♥


Monday blues..
Bila isnin jek..
Mesti susah nak bangun tdo..
Mesti malas..
Mesti rase nak skit jek..
Dan bermcm2 alasan lg..

Mcm ner la nak atasi monday blues ni..

Waduh
Waduh


Ari ni aku mc.. 
Bile bgun tdo jek gi tgok tv..
Bkak la rancangan 5rasa..
Da la bru bgun tdo..
Tgok org masak lak..
Mmg lapar giler..
Tetibe aku teringin nak mkn KARIPAP lak..
So ape lg..
Aku tgok bhn 2 smua ade. 
Aku pun wat la karipap..

Resepi Karipap..

Bahan utk inti
Kentang ptong dadu
Bawang merah tumbuk
Bawang putih tumbuk
Ikan bilis tumbuk
Cili kisar
Serbuk kari
Daging cincang
Garam 
Gula
Air
daun kari klu ada


Bahan kulit
Tepung
Air garam
Minyak masak panas

Cara-caranya

✿  Tumis bhn yg ditumbuk td. 
Bwg merah + putih + ikan bilis..
✿  Masukkan cili kisar n serbuk kari
✿  Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit air.
✿  Setelah sebati masukkan daging cincang dan kentang td.
✿  Biar kan kentang masak dgn secukupnya..
✿  Akhir sekali masukkan garam dan gule..
✿  Da siap. Sejukkan dlm mangkuk..


✿  Untuk kulitnye pule. Sediakan tepung gandum
✿  Panaskan minyak sekejap. Dan curahkan sedikit dlm tepung td.
✿  Bancur air dgn garam
✿  Uli sehinggah manjadi doh lembut.
✿  Bile da siap boleh la uli dab masukkan inti td.
✿  Gorengkan dgn minyak panas.
✿  Da siap goreng boleh da dihidangkan.


Selamat mencuba..


31 October 2012

♥ Cekodok Kurma ♥

Ari ni aku nak share
cara wat cekodok kurma..
oleh kerna ade lg kurma puase aritu..
so aku gunekan jekla tuk wat cekodok..
alhamdulillah..
kurma masih elok n sedap lg..
btahan sungguh kurma dlm petiais aku ni.
hehe...

ptg smlm  ujan renyai2 pulak..
mmg layanzzzz jek
 mkn petang
cekodok kurma yg tgh panas2 + air tea O panas..
zas.....
nyumi..
nyumi..


Resepi Cekodok Kurma

Tepung Gandum
Garam (Sikit je)
Air Suam (Gaul dgn tepung)
Kurma (hiris)
Minyak (utk goreng)

*sukatan ikut suke..


Cara-caranya.
Gaulkan tepung dan garam..
Masukkan air. Agak2 jek kepekatannya itu...
Masukkan kurma yg da dihiris.
Goreng dlm minyak yg panas.
Agak2 da masak leh la angkat dan dihidangkan.
siap..

senangkan..




selamat menjamu selera...


29 October 2012

♥ Kek Coklat Kukus ♥


Weekend
akan dtg
aku mahu try test wat kek coklat ini.. 
uhuu..
tgok pic kat sumber blog ni mcm best jerk.. 
sampai terliur dibuatnyer....
hehe...
rasenyer semua bhn2 da ade.. 
so xyah gi beli da kan...
harap2 menjadi la nanti...
da siap try nanti pic akan diuploadkan dlm blog ni yerp..
tggu..
=)


Kek Coklat Kukus

Bahan-Bahan:

Bahan A
1 cawan gula
1 cawan sebuk koko 
1 cawan minyak mazola 
1 cawan air panas 
1 cawan susu pekat/susu cair/susu segar 
1/2 cawan milo 
1 sudu kecil nescafe (saya x letak) 
3 biji telur 

Bahan B
2 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil soda bikarbonat 
-ayak bersama dua 3 kali 


Cara:
1. Satukan semua bahan A hingga sebati. 
2. Masukkan bahan B dan kacau rata. 
3. Letak dalam loyang dan kukus selama 1 jam.

Topping:
1 cawan milo 
1/2 cawan koko 
1/2 cawan susu pekat 
1/4 cawan air panas 
kacau rata semua bahan dan tuang atas kek 

sumber dari :: 




09 October 2012

♥ Resepi Spaghetti Aglio Olio ♥


Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan (5-6 orang)
500 g spaghetti
1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
1 cawan minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu besar chili flakes
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam

Cara-cara

  • Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
  • Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
  • Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.
  • Siap untuk dihidangkan.


aku amek resepi ni dari ..  
cari resepi ni pun sbb sahabat aku nak try msk..
hehe..
klu lat xckp aku pun xtau resepi ni..
tenkiu la lat...  =)

jum kite try....
harap menjadi la... 
hehehe..

sumber dari :: http://www.kongsiresepi.com/read/3064/0/


27 September 2012

♥ Resepi Kek COKLAT MOIST ♥



Dalam godek2 fesbOk
tetibe aku terjumpe resepi ni...
mcm best jek kan..
siap lengkap dgn gmbar lg..
aku nak try la lik nanti.. 


BAHAN-BAHAN

 Telor 4 biji.. kalau size besar guna 3 biji je..

1 tin susu cair ideal..

1 sudu teh coklat emulco ( takde pun takpe )

1 1/2 butter.. ( 250 gram + 125 gram butter)

2 cawan gula kastor.. bkn gula yg korang buat bancuh air tu tau..

1 cawan serbuk koko ( di ayak)

2 cawan tepung gandum ( di ayak.. guna sukatan cwn yg sama)

1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat ( di ayak jugak)

CARA MEMBUATNYA.

Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna api sederhana..

Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati..

Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg..

Masukkan esen vanilla..

Dan masukkan coklat emulco.. kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api.. pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh..

Aku pindahkan dlm bekas lain.. biar nmpk cun sikit..

Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2 kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt pukulnya.. hehehe..

Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati..

Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder )..
Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua adunan sebati.. sherashi bershama.. ecehhh..

Haaa.. dah sebati punnn..

Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..
Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo loyang tak di griss..

Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain..

Kukus kek sampai masak..
Smlm aku kukus dlm sejam je kot dgn api yg sederhana.. maksudnya api tak besar sgt dan tak kecik sgt..
Make sure pengukus di panaskan dulu sblm masukkan adunan kek td.. air dlm periuk kukusan pun jgn sikit sgt, kang kering lak sblm kek tu sempat masak.. paham ehh..

Hasil kek yg dah siap di masak.. kek 1 malaysia tuuu..
Aku tak byk lg acuan kek bernombor ni.. baru ada nombor 1.. mahal jugak acuan ni.. aku beli kat kedai bakery.. rege rm39 sebekas.. huhuhu.. Hias la kek tu suka hati korang.. aku hias dgn coklat ganache..

Bahan2 coklat ganache :
~ 300 gram dark coklat/coklat masakan
~ 150 ml whipping cream
~ 1 sudu besar butter

Cairkan coklat guna kaedah double boiler.. pastu masukkan butter.. kacau sampai larut..

Pastu baru tuang whipping cream..

siapppp.. dah boleh tuang atas kek..

Aku letak kek atas redai mcm gmbr di atas.. pastu baru tuang coklat ganache..pastu baru pindahkan atas cake board td..

Tadaaaa.. siap dah hiasan kek aku.. yg putih2 tu whipping krim.. belen krim aku buat pavlova tu hari.. ekekke..

* resipi daripada blog - http://tinyurl.com/coklatkekmoist

06 September 2012

♥ Spaghetti Carbonara ♥

Ari ni tetibe tekak aku nak mkn Spaghetti Carbonara..
Sbb mase pose aritu kak ipar aku ade wat. 
sedap giler..
tu yg teringin2 lak ni.
tgok dia wat senang n sempoi jek.
ni aku mtk resepi dr dia..
hehee..
mlm ni gak aku nak try wat..
hehee..



Resepi Spaghetti Carbonara

Prego carbonara (tin biru)
Susu segar (Dutch Lady Low fat)
Ayam (potong kecil)
Cendawan butang (potong nipis)
bawang putih (cincang halus)
bawang merah (cincang halus)
Lada Sulah
Lada Hitam
Daun Parsli


Cara-Caranya :

Rebus ayam sampai masak.
masukkan sos prego, bawang putih n merah n cendawan butang
selepas itu masukan susu segar
akhir sekali masukkan lada sulah n lada hitam..
ikut kepedasan yg anda mahukan.

mase nak hidang taburkan daun parsli..
bace bismillah leh mkn..
hehehe..


selamat mencube..




01 August 2012

♥ Raya - Kuih Siput ♥

Kali ni aku wat kueh siput dgn hb aku...
dia yg tlg menyiput kan... hahahaaaaa....
tenkiu la syg...
terbaek...


KUIH SIPUT 

 Bahan-bahan 
( 1 balang sederhana ) 
5 cawan tepung gandum 
1 biji telur 50gm margerine 
1 s.kecil serbuk jintan manis 
1 s.kecil serbuk jintan putih 
2 sudu kecil serbuk udang kering 
1 sudu kecil garam (ikut rasa) 
Sedikit serbuk perasa (optional) 
3 sudu besar cili boh/serbuk cili 
* saya kurangkan Daung bawang /daun sup (dihiris ) 
* saya tukar daun kari Santan secukupnya untuk menguli 

 Cara-cara 
Gaul semua bahan ( kecuali santan ) 
hingga bercampur semuanya. 
Uli dengan santan hingga menjadi doh. 
Cubit sedikit adunan, 
 gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput. 
Bila semua dah digentel, 
 boleh lah goreng hingga garing.



Published with Blogger-droid v2.0.6

26 July 2012

♥ Raya - Popia Pedas ♥

Resepi kueh raya yg akan aku buat lg.
simple 
ringkas
sedap
senang
kali ni aku dpt dr blog


Popia Pedas

Bahan :
1 bungkus besar kulit popia 
1 biji telur - pukul sikit / bancuhan tepung gandum pun boleh


Bahan untuk cili :
4 sudu besar cili kisar
1 biji sederhana bawang besar - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
sedikit udang kering - tak nak letak pun tak pe
garam secukup rasa
sedikit kiub ikan bilis
5 sudu besar gula 



Bahan sampingan :
ikan bilis - basuh, toskan dan goreng garing
kacang tanah - goreng tanpa minyak
bijan - goreng sikit tanpa minyak - sy letak bijan je


Cara membuatnya :
Ambik sehelai kulit popia dan gulung, kemudian lekatkan dengan telur / 
bancuhan tepung gandum.
Kemudian gunting serong - serong hingga habis 
dan goreng dalam minyak penuh hingga warna keperang - perangan.
Angkat dan toskan sebentar. 
Jangan biarkan terlalu lama diluar. 
Sesudah habis goreng semua popia terus buat sambal.
Tumis semua bahan2 kisar 
dan masukkan garam secukup rasa 
dan kiub ikan bilis, 
kacau, masukkan gula dan kacau lagi, 
biar hingga pekat dan gula hancur, 
tutup api dan terus tuang popia yang digoreng tadi,
 kacau sebati...
masukkkan juga ikan bilis, 
kacang tanah 
dan tabur bijan jika suka. 
Biarkan sejuk sebentar 
dan terus simpan dalam bekas bertutup rapat.

harap dpt la membuat popia yg simple ini..
selamat berusaha!




24 July 2012

♥ Raya - Oat Crispy Cookies ♥


Raya 2012 
aku nak try wat biskut baru lak..
ni smua aku refer kat blog
Masam Manis 
Oat Crispy Cookies
130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko 
½ sk serbuk penaik 
Kesemua bahan di atas di ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis- ita tak letak
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
badam nips

Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. 
Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata. 
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. 
Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. 
Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. 
Potong atau terap dan letak atas dulang. 
Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit  (saya bakar 18minit) 
atau sehingga rangup.
harap aku berjaya mencube buat biskut ni..
Cayukkk Cayukk..!!




19 July 2012

♥ Raya - Snow Almond ♥


Yeah Yeah nak pose ....
bile da pose ni nak raya..
time pose ni la nak wat kueh raya.
tiap2 tahun aku akan wat kueh favourite aku..
aku sgt suke mkn kuih 
SNOW ALMOND 
sedap wooOO...!
klu xcaye korg try la wat nanti..
ni aku ade kasi resepi.
ni pun aku referer kat 
BLOG MASAM MANIS 

SNOW ALMOND

By: Kak Wan



Bahan A
260 gm butter
150 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
50 gm serbuk badam



Bahan B
300 gm tepung Red Rose
50 gm tepung kastard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung



Bahan Hiasan
Coklat masakan - cairkan cara double boiler
Sedikit breadcrumb putih  - untuk menyalut



Pukul bahan A hingga berkrim
Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
Sejukkan biskut atas redai
Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
Golekkan biskut ke dalam breadcrumb 
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.


selamat mencobe..!!!

08 February 2012

♥ Biskut Butang ♥


Bahan-bahan:

250gm tepung gandum
60gm tepung jagung
20gm serbuk koko
300gm mentega
100gm gula aising
200gm coklat butang berwarna warni
2 sudu makan susu segar

Cara memasak:

1. Pukul mentega bersama gula aising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan campuran tepung gandum dan jagung berselang seli dengan susu segar. Adun sehingga sebati.
3. Setelah itu masukkan adunan ke dalam beg paiping.
4. Paip adunan menggunakan muncung (nozzle) paiping berbentuk bintang di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis.
5. Seterusnya tekankan coklat butang berwarna warni di atasnya.
6. Akhir sekali, bakar pada suhu 160ºC selama 18 minit.


06 January 2012

♥ Pancakes Prawn &Chicken ♥


Pancakes Prawn &Chicken ber SOS

Sbnarnye aku penah mkan kat uma lat..

Tetibe rase teringin jek nak mkan makanan ni.

Tu aku mintak lat masak bende ni.

Lat pun kate oke la kite try.

Walaupun lat xpenah wat.

Dia pun cal mak dia mcm ne nak wat.

Pas tau jek bhan2.

Ktorg pun gi tesco beli bhan2..

Samapi uma lek tgok tv pastu mlm sket ktorg pun start wat.

Wat punyer wat smpai la last step.

Nak masak yellow pancake.

Sekali gas lak abes.

Huhhhhhh..

Tgok jam kul 11.45mlm.

Mane de kedai bukak..

Keciwaaaaa gile ktorg.

Ingat kan dpt mkn mlm tu gak.

Sekali keciwa la plak.

Tp xpe kami dpt mkn pagi nyer.. Hehe

Pape pun tenkiu pd lat..

Published with Blogger-droid v2.0.2