26 December 2012

♥ Suntikan Anti Tetanus @Kancing Gigi ♥

[̲̅̅A̲̅][̲̅̅S̲̅][̲̅̅S̲̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅L̲̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅M̲̅][̲̅̅U̲̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅L̲̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅I̲̅][̲̅̅K̲̅][̲̅̅U̲̅][̲̅̅M̲̅]
Syukur Alhamdulillah..
Kandungan aku da berusia 28 minggu...
bermakna da masuk 7bulan..
sgt tidak sangka
sgt teruja
sgt bersyukur pd mu Ya Allah.

kali ni checkup kene enjet kancing gigi..
mmg sengal la tgn aku ni..
kate nurse klu anak 1st kene 2 kali..
so ni yg pertama..

next xtau la kan bile..
tujuan enjet kancing gigi
adalah untuk
...
jum layan info dibawah.


Pentingnya Suntikan Anti Tetanus(ATT) 
atau Kancing Gigi

- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh 
mengakibatkan maut disebabkan 
oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. 
Jadi suntikan anti-tetanus ni 
untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.

- Kuman ni boleh masuk melalui luka. 
Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal,
 akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).

- Dulu-dulu hospital tak banyak. 
Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, 
disambut oleh bidan tradisional. 
Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih.
Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia 
mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil 

- mencegah kadar kematian bayi dan ibu.

- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan.
 Antibodi yang dibentuk dalam badan 
akan dihantarkan pada bayi 
untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. 
Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama
Dua suntikan diberi.
 Suntikan pertama pada awal kehamilan, 
suntikan kedua selepas sebulan 
atau dua bulan selepas dos pertama.

- Kehamilan kedua: 
Jika jarak kehamilan kurang dua tahun 
dari kehamilan pertama, 
satu suntikan booster dos akan diberikan.

- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang 
kerana sudah banyak hospital dibina. 
Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.

- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect 
seperti demam dan adakalanya allergy.
 Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital 
tidak memberikan suntikan ini.

- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya 

- mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.


- Pendapat Dr Zubaidi:

Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu 
menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital 
dan sanggup menanggung risiko.
Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, 
seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, 
di lif bangunan dan sebagainya. 
Jangkitan kuman boleh berlaku. 
Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula 
ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.



Wallahu a'lam


sumber dari ::
  http://rizaros.blogspot.com/2012/07/suntikan-anti-tetanusatt-atau-kancing.html


No comments: