28 December 2012

♥ 10 Tips Untuk Mudah Bersalin ♥


Salam Jumaat semua..
wahhh 
kejap jek mase berlalu..
ari ni pulak merupakan jumaat yg terakhir utk tahun 2012
bape ari jek lg nak 2013.
wahhh..
mcm xcaye..
tahun baru ni kene la berazam baru..
lebih2 lg nak jd mama ni kan..
smua kene baru..
smoge thun depan lebih baik dari thun ini..
amin ya rabbal'alamin..

da dekat bersalin ni aku nak shared tips2 mudah bersalin..
yg sahabat aku shared kan dlm fb aku..
thanks my frenz...

jum kite bace info dibwh dan amalkannya.

1) Amalkan bacaan ayat-ayat Al Quran
selawat 
dan zikir.
Selepas solat, 
amalkan baca doa-doa berkaitan 
mengandung, bersalin dan nak dapatkan anak soleh 
mcm surah 
Al A’raaf (128), 
surah At Taubah, 
surah Yunus (31), 
surah Yusuf (68), 
surah Al Hijr (97-99), 
surah An Nahl (78), 
surah As Sajdah (7-9), 
surah Maryam 
dan 
surah Yaasin.
 Selain itu, 
amalkan baca Al fatihah, 
3 qul, 
Ayat Kursi
 dan 
selawat syifa’ 
sebelum tidur 
dan sapu ke perut dari atas ke bawah.


2)Minum air kelapa muda. 
Selain memudahkan proses bersalin, 
ia membersihkan kepala bayi 
yang keluar dari pintu rahim. 
Kulit pun cantik dan rambut sihat.

3)Banyakkan ‘aktiviti’ bersama suami. 
pilih posisi yg sesuai bila bersama..
Klo rasa malas & xbernafsu.
.ingatlah ini hanya utk memudahkan anda bersalin

4)Meminta maaf sekerap mungkin terutama kepada 
suami & ibu bapa

5)Makan kurma 3 atau 7 biji sehari

6)Tidur yang Mencukupi

7) Jangan Tahan Kencing
Sikap sebegini sebenarnya 
memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran.
 Jika pundi kencing terasa penuh,
 jangan segan silu meminta bantuan suami
 atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air.
 Jadi sebarang kemungkinan yang tidak diingini 
dapat dielakkan malah 
anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa 
untuk menempuhi saat bersalin.

8)Bertenang Dan Jangan Kerap Tertekan

9)Kerap Berjalan-jalan
Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan 
dapat membantu anda ketika proses pelahiran. 
Jangka masa proses pelahiran 
boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. 
Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan dengan betul. 
Oleh itu, anda disarankan 
untuk tidak hanya berbaring 
di atas katil tetapi berjalan-jalan 
di sekitar kawasan bilik bersalin 
sambil ditemani suami 
untuk memudahkan bayi turun 
dan mempercepatkan proses pelahiran.

10) Tarik Nafas Panjang
Bunyinya kedengaran ringkas
 namum sering tidak diperdulikan. 
Pengabaian amalan menarik nafas panjang 
boleh melambatkan proses pelahiran. 
Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya, 
anda menjadi kurang tenang.


 <<< Tapi ingat ni hanyalah ikhtiar >>>
 <<< dan keberkesanannya atas izin Allah swt sahaja >>>
 <<< Setiap kelahiran tu berbeza sakitnya >>>
 <<< dan hanya Allah yang menentukannya >>>


sumber dari :: 
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=571296989551860&set=a.509725205709039.132894.328244813857080&type=1&theater


No comments: