02 January 2013

♥ Kelebihan Surah Al-Insyirah ♥


Surah Al-Insyirah 
adalah Surah ke-94 di dalam Kitab Al-Quran. 
Surah ini diturunkan di Mekah, 
mengandungi 8 ayat. 
Dinamakan surah “Al-lnsyiraah 
(Perihal Melapangkan Dada Nabi),
 kerana pada awal surah ini, 
Allah Taala menegaskan salah satu nikmat- Nya 
yang dikurniakanNya kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) 
ialah melapangkan dadanya
 (serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk).


Surah Al-Insyiraah
Ertinya:

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu 
(wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk)? 
Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu 
(menyiarkan Islam)
 Yang memberati tanggunganmu, 
(dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? 
Oleh itu, maka 
(tetapkanlah kepercayaanmu) 
bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): 
bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan. 
Kemudian apabila engkau telah selesai 
(daripada sesuatu amal salih),
 maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha 
(mengerjakan amal salih yang lain), 
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon
 (apa yang engkau gemar dan ingini).



Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah
 jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, 
nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t.
 akan rezekinya dengan beberapa banyak.

Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah 
nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, 
senang membuat sesuatu pekerjaan 
dan hilang daripadanya sifat malas.

Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali 
pada tiap-tiap lepas sembahyang, 
nescaya terlepas daripadanya kesusahan 
dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.

Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali 
pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu 
selama tujuh hari berturut-turut,
 nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.
Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan,
 hendaklah sembahyang dengan kifayat yang tersebut di bawah ini, 
nescaya sampai maksudnya, iaitu:

1. Sembahyang sunat dua rakaat.

2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)

3. Lepas sembahyang,
 duduk menghadap kiblat dengan tetap 
bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., 
dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya. 

4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, 
pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.


Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali 
pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), 
nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. 
kepadanya perkara-perkara yang ajaib. 

Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, 
bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali 
atau 1000 (seribu) kali 
pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya,
 nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.

Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas 
dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, 
nescaya hilang dukacitanya 
dan terpelihara daripada terkejut.
Setengah daripada khasiat Surah Al-Insyiraah itu ialah di baca
 kerana jadi ubat demam dengan kifayat:

1. Ambillah seurat benang daripada kulit kayu dan bacakan Surah Al-Insyiraah.

2. Tiap-tiap ketika baca huruf “Kaf” daripadanya, 
simpullah benang itu sekali, 
hingga cukup jumlah semuanya tujuh kali simpul. 
Kemudian ikatkan benang itu ke tangan 
orang yang demam pada pergelangannya yang di sebelah kiri.

Siapa-siapa benak menghafaz,
 tulislah Surah Al-Insyiraah 
dan minum airnya bersama-sama menelan air liur 
ketika berbuka puasa selama tujuh hari berturut-turut, 
nescaya mudah ingat apa-apa yang di hafaznya,
 dan jika minum airnya itu lain daripada masa berbuka boleh juga, 
tetapi yang baiknya ialah pada masa yang tersebut.


sumber dari :: 
http://iyatieku.blogspot.com/2012/05/kelebihan-surah-al-insyirah.html



No comments: