24 May 2010

♥ Tips Kesegaran Bunga ♥


♥ Tip mengekalkan kesegaran jambangan bunga ♥

Tanpa kaedah yang betul, jambangan bunga hidup tidak tahan lama.

Kunci kepada pengekalan kesegaran jambangan bunga hidup adalah dengan memastikan air yang digunakan sentiasa bersih dan bahagian batang yang dipotong bebas dari poket udara supaya ia boleh terus menyerap air.
Caranya begini;

■Langkah pertama, beli hanya bunga yang paling segar.

■Pilih jambangan bunga yang masih belum berkembang dengan daun yang berkilat; elakkan kuntuman bunga yang layu atau telah kembang masak.

■Potong batang kuntuman bunga yang baru dibeli lebih kurang 2.5 sm di bawah air yang mengalir. Potong pada sudut 45°. Gunakan pisau tajam atau gunting pemangkas yang sebenar bagi memastikan bahagian batang yang dipotong tidak pecah atau hancur.

■Pilih pasu yang tidak menyesakkan bunga-bunga berkenaan. Isikan dengan 8 cm air yang agak suam. Potongan batang yang terendam air akan mula mereput, sebab itu jangan penuhkan pasu dengan air.

■Buang semua daun yang mungkin boleh jatuh ke dalam air. Daun reput dalam air menggalakkan perkembangan bakteria yang akan melitupi bahagian potongan batang dan mengurangkan kemampuan bunga menyerap air.

■Letakkan jambangan bunga di ruang yang sejuk, tidak terkena cahaya matahari secara langsung. Juga jangan letak jambangan bunga berdekatan dengan buah-buahan masak kerana gas ethylene yang dibebaskan oleh buahan-buahan berkenaan akan memendekkan umur kesegaran bunga-bunga anda.

■Setiap hari, potong batang kuntuman bunga sepanjang 0.5 sm pada sudut 45° di bawah aliran air dan tukar air di dalam pasu.





♥ Tip membersih bunga tiruan ♥

Ramai di kalangan kita memilih untuk menghias dalam rumah dengan bunga-bunga tiruan kerana ia lebih mudah, lebih murah dan tidak kurang cantiknya.
Biasanya bunga-bunga tiruan ini dibuat dari fabrik mahupun plastikWalaupun menjaga bunga-bunga tiruan tidak serumit menjaga bunga-bunga hidup namun lama kelamaan ia juga boleh mengumpul pelbagai kotoran dan habuk.
Berikut adalah tip untuk membersihkan bunga-bunga tiruan supaya ia sentiasa nampak cantik berseri.

■Masak air bercampur sedikit garam kasar sehingga mendidih.

■Tuang air yang sudah suam ke dalam baldi dan campur dengan cecair pencuci.

■Rendamkan bunga tiruan selama satu hari.

■Angkat bunga tiruan dan gantung dalam keadaan terbalik. Kotoran yang masih terlekat pada bunga mudah dibersihkan. Anda hanya perlu pancutkan air menggunakan paip getah.

■Jemur bunga tiruan, juga dalam keadaan terbalik dan sembur dengan penyembur berkanji seperti yang digunakan untuk melicinkan pakaian yang diseterika.

■Tunggu sehingga ia kering sebelum digunakan semula.
 
 
 
 


Tips Bunga Segar Tahan Lebih Lama

Bagaimana supaya bunga Anda tetap cantik dan bertahan lebih lama? Berikut sedikit tips untuk Anda:

* Bunga-bunga segar sangat memerlukan air. Dalam sehari, bunga2 ini memerlukan 1/4 air dari air paras pasu.
* Jika Anda menerima jambangan bunga dalam bentuk pasu berisi air, segera periksa paras air di dalam pasu tersebut. Selalu tambah air yang cukup agar air tidak berkurang. Ganti air setiap hari dan selalu isi sampai penuh.
* Jika bunga Anda menggunakan floral foam, jaga agar floral foam tersebut tetap basah dan pastikan agar pasu tetap penuh dengan air bersih.
* Jika Anda menerima bunga dalam kotak, segera pindahkan bunga ke dalam pasu/baldi dan perhatikan paras airnya.
* Gantikan air bersih sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
* Banyak orang percaya, dengan menaburkan sedikit garam boleh membuat bunga lebih tahan lama.
* Ketika mengganti air, jangan lupa potong ujung-ujung tangkai bunga.
* Bersihkan daun-daun yang layu. Daun-daun di dalam air cepat busuk, dan menyebabkan tumbuhnya bakteria.
* Jangan letakkan bunga di bawah sinar matahari terus atau di atas peralatan elektronik seperti microwave atau television. Ini menyebabkan terhidrasi. Pastikan bunga Anda berada dalam keadaan udara yang cukup dan sejuk/tidak panas.

Sekadar untuk makluman: bunga-bunga potong segar ada harapan bertahan (life expectancy) antara 2 hingga 21 hari bergantung pada jenisnya. Berikut adalah untuk rujukan:

Variety Life Expectenacy
Roses 3- 21 days
Carnations 5-14 days
Daisies 7 -21 days
Iris 1-4 days
Lilies 2-7 days
Tropical Flowers7-21 days