05 July 2013

♥ SI KECIL 2 BULAN ♥


Perkembangan bayi anda pada usia 2 bulan

Highlights

Senyuman awalan yang sebenar

Pada bulan ini, kesemua usaha anda akan dibalas dalam bentuk senyuman yang berseri-seri, namun tiada bergigi. Senyuman pertama yang sebenar adalah satu-satu pencapaian bayi yang menyeronokkan hati ibubapa. Dari satu segi, ini merupakan ganjaran yang wajar. Anda sudah lama menukar lampin, menyusukan, memandikan, mencium dan memeluknya tanpa mendapat sebarang respon dari bayi anda yang sebelum ini dikatakan bungkusan kecil yang menggembirakan. Namun, suatu hari, ianya terjadi. Bayi anda senyum, dan anda pasti itu senyuman sebenar, bukan ekspresi melepaskan angin. Ini akan menggembirakan anda walaupun malam sebelumnya anda tak berapa dapat tidur. 

Bagi Rob, senyum pertama dari anak perempuannya yang berumur enam minggu menyebabkan air matanya bergenang. "Hari itu banyak masalah di tempat kerja," dia mengimbas kembali. "Saya tak cukup tidur dan keadaan di jalanraya amat teruk. Apabila saya sampai ke rumah dan isteri saya menghulurkan bayi, bayi saya memandang terus kepada saya dan memberi senyuman yang hebat, menampakkan semua gusinya, dan terlintas di fikiran saya, 'Dia mengenali aku' – dan semua yang telah berlalu tidak lagi penting."

Minat berkembang terhadap desain yang kompleks

Menjelang usia dua bulan, bayi mula mengubah kegemarannya terhadap objek dwi-warna kepada yang lebih rumit dan halus dari segi desain, warna dan bentuk. Biarkan bayi anda melihat dan menyentuh objek yang lebih bervariasi – pilihan yang baik ialah mainan lembut dan bola gebu.

Tidur bagi tempoh yang lebih panjang

Jika bayi anda kini sudah mula tidur sepanjang malam, anda merupakan antara bilangan kecil yang bernasib baik. Kebanyakan bayi pada usia dua bulan masih mahukan penyusuan di tengah malam, atau mungkin dua penyusuan. Tapi apa yang merupakan berita baik ialah, dia sudah boleh tidur untuk jangka masa yang lebih panjang dan berjaga bagi masa yang panjang juga. Kebanyakan bayi berusia dua bulan tidur antara dua hingga empat kali sehari dan berjaga untuk sejumlah 10 jam sehari.

Pergerakan yang kurang janggal

Dia kini sudah boleh mengawal pergerakannya dengan lebih baik. Anda akan dapat melihat pergerakan lengan dan kaki bayi yang tersangkut-sangkut semasa dia bayi baru lahir kini sudah menjadi lebih lancar, dan lebih membulat. Bayi dua bulan anda kini juga sudah boleh menyambar objek dengan sedar, walaupun melepaskan objek itu belum lagi dipelajari. Semasa hari-hari awal dahulu, bayi menyambar dengan didorongkan oleh naluri.

♥ SI KECIL 1 BULAN ♥

Perkembangan bayi anda pada usia 1 bulan

Oh sebulan sudah anakku IIZZU
Semkin ari semakin bijak...
Alhamdulillah...
Da sebulan sudah pandai angkat kepala
Tido nak meniarap
Menagis2 nak susu..
Bijak bijak... =)



Highlights

Bayi anda menegakkan kepalanya

Sekarang, otot leher bayi anda semakin kuat sehingga membolehkan dia menegakkan kepalanya untuk masa-masa yang singkat. Dia juga boleh mengangkatkan kepala untuk beberapa saat apabila meniarap atas perutnya dan mungkin boleh menoleh dari sisi ke sisi. Dia mungkin juga boleh menegakkan kepala semasa berada dalam kerusi bayi di dalam kereta atau semasa dibawa berjalan dengan alat pembawa bayi, pada bahagian hadapan maupun belakang. Dia boleh melakukan semua ini terutama sekali jika mendapat banyak galakan dari anda dan anda ada menyediakan tempat baginya merehatkan lehernya yang direka khas untuk membantunya bagi tujuan ini.

Meneroka tangan dan kaki

Semasa kelahiran, bayi anda tidak memahami yang lengan dan kakinya adalah sebahagian daripada tubuh badannya. Sekarang perubahan akan berlaku apabila bayi mula meneroka badannya. Bahagian yang mula dijumpainya ialah tangan dan kakinya. Anda boleh menggalakkan sifat ingin tahu bayi anda dengan mengangkatkan tangannya tinggi atas kepalanya dan menanyakan dia ‘Besar manakah bayi ini?’ atau dengan mengulangkan puisi berima dan membilang-bilang jari kakinya.

Belajar menenangkan diri

Bayi amat gemar menghisap. Mereka perlu menghisap. Sebenarnya, anda akan mendapati bahawa puting berkesan untuk membantu bayi menenangkan dirinya sendiri. Sekiranya tak ada puting, bayi mungkin mendapatkan ibu jari atau jari-jari lain untuk dihisap.

Lihat siapa yang bercakap pelat sekarang

Bayi anda yang berumur satu bulan mungkin sudah boleh membuat bunyi berdeguk, bunyi-bunyi manja, berdengus dan berlagu untuk melahirkan perasaannya. Pastikan anda juga membuat bunyi-bunyian manja dan berdeguk bersama-sama, sambil bercakap berhadapan dengannya. Setengah bayi juga sudah mula ketawa berdekah-dekah seawal ini. Walaupun anda sedang membuat kerja, dia tetap gembira mendengar suara anda dari seberang bilik. Dia akan merenong muka anda lebih lama sekarang.

Walaupun bayi anda sudah boleh mengecam muka anda dari usia beberapa hari lagi, pada penghujung bulan pertama ini dia mungkin akan dapat menunjukkan kebolehan ini. Sebanyak separuh daripada bayi pada usia ini mula menunjukkan kebolehan mengenali ibubapa mereka secara jelas: mereka menunjukkan reaksi yang berlainan kepada mak and ayah daripada orang yang tidak dikenali. Bayi anda akan berhenti menangis dan terus bertentang mata dengan anda; setengah bayi di usia ini sudah mula senyum apabila mereka melihat ibubapa mereka.

Bayi mendengar dan sukakan musik

Memandangkan bayi anda berjaga untuk masa yang lebih panjang di siang hari, anda boleh menggunakan masa-masa ini untuk merangsang perkembangan derianya. Cuba nyanyikan puisi berima atau mainkan musik untuknya. Bunyi loceng angin atau detikan jam juga akan menghiburkan bayi. Lebih bervariasi hidangan anda, lebih kaya akan impaknya. Dengan tidak disengajakan, anda akan memerhatikan anak anda menunjukkan keseronokan yang lebih terhadap satu seleksi berbanding yang lain sebaik sahaja dia memperoleh kemahiran untuk membezakan kegemarannya.

Mata boleh mengesan pergerakan objek sekarang

Apabila sudah pandai berfokus dengan kedua-dua belah mata, bayi anda sudah boleh mengikuti objek yang bergerak, iaitu satu perkara yang dia sudah melakukan untuk masa-masa yang singkat dari kelahiran lagi. Kelentong biasa yang digerakkan di depan mukanya akan selalu memegunkannya. Atau anda boleh bermain mata-ke-mata dengan menghampirinya dengan dekat dan mengerakkan kepala anda dari sisi ke sisi; selalunya pandangan matanya akan tetap tertumpu kepada mata anda.

Kedai penuh dengan mainan khusus untuk perkembangan bayi, namun begitu anda juga akan berjaya dengan hanya menggunakan objek harian yang terdapat di rumah. Lalukan keranjang berkilat atau senduk plastik yang berwarna terang dari sisi ke sisi di depannya. Kemudian lalukannya dari atas ke bawah. Ini harus menarik perhatian bayi anda, walaupun dia belum lagi boleh mengikuti pergerakan dari atas ke bawah dengan baik untuk tiga bulan lagi.

http://www.babycenter.com.my/a1038277/perkembangan-bayi-anda-pada-usia-1-bulan#ixzz2YAPibqIU


♥ PERKEMBANGAN SI KECIL ♥

Ikuti tahap-tahap perkembangannya si kecil mengikuti umurnya.

0-3 Bulan
• Bayi baru lahir sudah boleh menghisap dan yang pasti mereka tidak perlu belajar menangis.
• Bertindak balas (tindakan refleks) jika anda menyentuh dengan lembut pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
• Perkembangan motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
• Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
• Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
• Pada usia 8 minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
• Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia 7 hingga 8 minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
• Pada usia 9 minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.

3 Hingga 6 Bulan
• Pada usia bayi 14 minggu dia boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
• Bayi boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
• Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
• Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
• Genggaman tangan bayi mulai kejap dan pergerakan motornya kian mantap.
• Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.

6 Hingga 9 Bulan
• Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
• Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
• Bayi juga mulai merangkak.
• Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
• Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, perabot dan sebagainya.
• Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
• Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.

9 Hingga 12 Bulan
• Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
• Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
• Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
• Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
• Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
• Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
• Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.



18 June 2013

♥ TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI ♥




Tanggungjawab suami (Hak Isteri)

Memberi nafkah zahir dan batin
Membayar mas kahwin kepada isteri
Memberi layanan yang baik
Menjaga maruah isteri
Memberi didikan agama
Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
Menjaga dari sebarang ancaman
Adil terhadap semua isteri


Tanggungjawab isteri terhadap suami (Hak Suami)

Taat dan hormat kepada suami
Menjaga maruah suami
Memberi layanan yang baik
Memuaskan hati suami dan menyenangkan pada bila-bila masa
Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
Tidak keluar rumah tanpa izin
Tidak mendedahkan kelemahan suami



 TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Mengekalkan kerukunan rumahtangga
Memelihara dan menjaga anak-anak
Memberi pendidikan yang sempurna
Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
Menyediakan rawatan dan perubatan
Menjamin keselamatan


ISTERI BERPANDUKAN AL QURAN DAN SUNNAH

Antaranya ialah:
1. Sentiasa taat kepada Allah.
2. Patuh kepada suami dan memelihara kehormatannya.
3. Menyenangkan hati suami.
4. Pergi ke mana-mana setelah mendapat keizinan suami.
5. Tidak mudah menerima tetamu tanpa keizinan suami.
6. Pandai melayani suaminya dan anak-anaknya.
7. Tidak suka mengomel.
8. Suka hidup sederhana.
9. Tidak boros berbelanja.
10. Tidak suka berhutang.
11. Tidak suka mengumpat.
12. Memelihara kehormatan diri dan keturunannya


MERANCANG KEHIDUPAN RUMAH TANGGA

Suami hendaklah merancang kehidupan rumahtangga 
dan melaksanakan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

1. Mencari tempat tinggal yang selesa.
2. Menentukan sumber rezeki yang halal 
bagi menang­gung nafkah isteri 
dan anak-anak dan masa depan keluarga.
3. Berbincang suami isteri 
tentang perjalanan hidup berumahtangga
 dan rancangan pembangunan keluarga.
4. Mengenal pasti kerja-kerja dalam rumahtangga 
dan cara melaksanakan mengikut bidang tugas 
suami atau isteri atau tugas bersama.
5. Mengatur waktu untuk bekerja 
dan untuk melaksana­kan tugas-tugas di rumah 
dan dalam masyarakat dan waktu untuk bermesra.
6. Memikirkan cara-cara perhubungan yang serasi 
dan harmoni antara suami isteri.
7. Mengenal pasti perkara yang digemari 
dan tidak di­gemari oleh suami atau isteri berlandaskan hukum Islam.
8. Membuat persediaan untuk menghadapi kehadiran anak-anak 
dalam keluarga dan merancang masa hadapan mereka.
9. Membina daya kreatif untuk mengekalkan ke­mesraan, 
keharmonian dan keceriaan rumahtangga.
10. Meningkatkan kualiti keluarga supaya tercapai hasrat 
“Rumahku Syurgaku.”





sumber dari ::