* Minggu 1
Bayi Anda
Lapan hari selepas persenyawaan,
blastosis akan merembeskan mukus
untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
* Minggu 2
Bayi Anda
Blastosis mula mengelembung
dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari.
Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu.
Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh
pada endometrium.
* Minggu 3
Bayi Anda
Selepas tiga minggu persenyawaan,
saiz embrio ialah sepanjang 2 mm.
Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel
daripada organ badan yang akan bergabung.
* Minggu 5
Bayi Anda
Walaupun anggota tubuh badan embrio
yang jelas kelihatan hanyalah matanya,
namun otaknya kini dalam proses perkembangan.
Begitu juga dengan saluran darah
yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.
Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.
Tubuh anda
Haid anda tidak datang.
Minggu ini merupakan minggu paling sesuai
untuk anda menjalani ujian air kencing yang boleh
menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.
* Minggu 6
Bayi Anda
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut.
Di akhir minggu ini,
saluran yang menghubungkan embrio
dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat.
Selain itu, saluran darah juga terbentuk.
Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng
dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Tubuh anda
Jika anda menderita morning sickness,
bau-bau tertentu akan membuatkan
anda jadi lebih teruk lagi.
Kulit anda juga berubah
menjadi lebih gelap sehingga menjadi
bertompok-tompok dan mengelupas.
* Minggu 7
Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm.
Lubang hidung, bibir, lidah
dan giginya dalam proses pembentukan.
Manakala kaki dan lengannya kian berkembang.
Dalam pada itu, tulang belakang,
usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.
Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening
ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama.
Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak,
anda juga mungkin berkeadaan sebegini.
Anda juga turut mudah berasa letih. J
adi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.
* Minggu 8
Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm.
Lubang hidung, bibir,
lidah dan giginya dalam proses pembentukan
manakala kaki dan tangannya kian berkembang.
Dalam pada itu, tulang belakang,
usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.
Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama.
Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak,
anda juga mungkin berkeadaan sebegini.
Anda juga turut mudah berasa letih.
Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.
* Minggu 9
Bayi Anda
Bentuk muka fetus mula berkembang,
malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan.
Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.
Tubuh anda
Berat anda mula bertambah.
Anda digalakkan untuk merekodkan setiap
pertambahan berat badan yang dialami.
Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut
dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.
Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.
* Minggu 10
Bayi Anda
Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan.
Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari
dan jari-jari yang lain jelas terlihat
tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.
Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm
dan beratnya pula 5 g.
Tubuh anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat.
Ini akan membuatkan anda berasa
lebih panas daripada biasa.
Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.
Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa
sesuai dengan saiz baru anda.
* Minggu 11
Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk.
Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami
akan berakhir pada penghujung minggu ini.
Kini, fetus berada dalam zon selamat
daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah
antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.
Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami
akan membuatkan anda mudah berasa letih.
Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan
diri jika ada kesempatan.
Selain itu,
jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, s
egeralah bertemu dengan doktor
agar kemusykilan anda dapat dileraikan.
* Minggu 12
Bayi Anda
Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit.
Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas.
Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan.
Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk.
Begitu juga dengan kukunya.
Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya
dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.
Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam.
Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm.
Tubuh anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat
daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20.
Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga
berbanding minggu-minggu sebelumnya.
Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.
* Minggu 13
Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm.
Tulangnya mula berkembang,
begitu juga dengan gigi.
Pada tahap ini,
fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai
persediaan untuk merangsang otot bibirnya
supaya daya hisapannya dapat berfungsi
dengan baik setelah dia lahir nanti.
Tubuh anda
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan
anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”.
Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku.
Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap
dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.
No comments:
Post a Comment