dgn cara taip yg cantek ialah..
hari ini pula jatuh nyer pada hari jumaat..
hari penghulu segala hari.
begitu indah hari ini....
dosa kita semua
dan merahmati kita di dunia serta akhirat...
amin...
Allahuakhbar
Ahlan Wasahlan bulan Safar.
Safar
Safar bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam
yang berdasarkan tahun Qamariah
(perkiraan bulan mengelilingi bumi).
Safar ertinya kosong.
Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini
orang-orang Arab sering meninggalkan rumahtangga
mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan
dan menuntut pembalasan keatas musuh-musuh mereka.
Menurut kepercayaan turun-temurun
sesetengah orang Islam yang jahil,
bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana
dan malapetaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir.
Oleh sebab itu setiap tahun
mereka melakukan amalan-amalan karut
sebagai cara menolak bala yang dipercayainya itu.
Selama berpuluh atau mungkin beratus tahun lamanya
mereka telah mengamalkan madi-manda d
an berpesta yang dikenali
dengan "mandi safar" pada hari Rabu minggu yang terakhir
dalam bulan Safar ini.
Kebanyakan umat Islam pada masa ini
khususnya orang-orang tua di negara ini
tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan
dalam bulan Safar kerana mereka
berpendapat kedua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu
tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja.
Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dibenteras
dengan kerasnya oleh agama Islam,
sebagaimana telah difirmankan
oleh Allahsubahanahu wa ta'ala dalam
surah at-Taubah ayat 51:
Maksudnya:
"Katakanlah (wahai Muhammad): tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu), maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal".
Oleh yang demikian umat Islam
hendaklah membuang sangkaan atau
kepercayaan karut tersebut
supaya kita terlepas daripada amalan syirik.
DOA PERMULAAN BULAN SAFAR
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَعُوْذُبِا اللهِ مِنْ شَرِّ هَذَا الزَّمَانِ وَأَهْلِهِ.
وَأَعُوذُبِجَلاَلِكَ وَجَلاَلِ وَجْهِكَ وَكَمَالِ جَلاَلِ قُدْسِكَ أَنْ تُجِيْرَنِي
وَوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَأَهْلِي وَأَحِبَّائِي.
وَمَا تُحِيْطُ شَفَقَّهُ قَلْبِي مِنْ شَرِّ هَذِهِ السَّنَةِ وَقِنِي شَرَّمَا قَضَيْتَ فِيْهَا.
وَاصْرِفْ عَنِّي شَرَّ شَهْرِ صَفَرَ.
يَا كَرِيْمَ النَّظَرِ وَاخْتِمْ لِيْ فِي هَذَا الشَّهْرِ
وَالدَّهْرِ بِاالسَّلاَمَةِ وَالعَافِيَةِ وَالسَّعَادَةِ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَلِلأَهْلِيْ.
وَمَا تُحُوْطُهُ شَفَقَّهُ قَلْبِيْ وَجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.
Yang bermaksud
“Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan waktu ini
dan penduduknya, dan aku berlindung dengan keagunganMU,
Keagungan ZatMU dan Kesempurnaan Keagungan KesucianMU,
agar menjauhkan diriku, kedua orang tuaku, anak-anakku, keluargaku,
orang-orang yang aku sayangi
dan sesiapa yang hatiku kasih kepadanya,
dari keburukan tahun ini,
dan selamatkanlah aku daripada
kejahatan yang telah ENGKAU tetapkan dalam tahun ini
dan jauhkanlah daripadaku keburukan bulan safar,
wahai Allah Yang Mulia pandangan rahmatNYA
dan tutuplah pada bulan dan saat ini dengan keselamatan,
afiah dan kebahagiaan kepadaku kedua orang tuaku,
anak-anakku dan sesiapa yang hatiku kasih
kepadanya dan seluruh orang Islam”
SAFAR AL KHAIR…
Merupakan salah satu dari bulan2 sunnah
(diisi dengan amalan2 sunnah)
dan dinamakan oleh baginda Nabi saw sebagai
Safar al Khair
( Safar bulan kebaikan)
Kebanyakan dari umat2 yang terdahulu dimusnahkan pada bulan ini…
Antara amalan sepanjang hari di dalam bulan ini;
dgn niat penjagaan dari mala petaka:
1) Syahadatain 3 kali
2) Istighfar 300 kali
3) Sedekah harian dengan niat supaya terangkatnya bala.
Nabi saw pernah bersabda…
Sesiapa yang memberitakan kepadaku tentang berakhir bulan Safar,
maka disunatkan pada 27 Safar untuk menyembelih haiwan
(lalu disedekahkan) ikhlas kerana Allah Taala.
4) Al Fil dibaca 7 kali
5) Ayatul Kursiy 7 kali setiap hari.
ADAB RABU TERAKHIR BULAN SAFAR:
1) Syahadatain 3 kali
2) Istighfar 300 kali
3) Ayatul Kursiy 7 kali
4) Al Fil 7 kali
diamalkan secara menyeluruh olehnya diri
dan anggota keluarga…
Afdhalnya:
Pada waktu siang Rabu terakhir tersebut janganlan keluar dari rumah.
Kerana Sh Abdullah Faiz ad Daghestani qaddasaLLAHU sirrahu pernah berkata:
” Pada hari Rabu terakhir Safar,
akan diturunkan 70 000 bala….
Sesiapa yang menjaga (seperti yang telah disebutkan tadi)
insya Allah akan dipelihara Allah Taala…
Allahu Haq!
Hidayah Seluruh Alam:
KAIFIAT SOLAT SUNAT RABU TERAKHIR BULAN SAFAR:
Berikut dimuatkan kaifiat
dan fadhilat sembahyang
pada hari Rabu khir Bulan Safar
sepertimana yang al-faqir petik
daripada Kitab Bada’uz Zuhur
karanganal-’Allamah Syeikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fathani
yang dihimpunkan semula
oleh al-Marhum Tuan Guru Hj.Wan Mohd.Saghir Abdullah
terbitan Khazanah Fathaniyyah cetakan 1997.
Inilah dia amalan tersebut : -
1) Niat Solat sunat (Mutlak) 4 Rakaat.
2) Tiap-tiap rakaat selepas al-Fatihah membaca :-
a. Surah al-Kauthar (17x)
b. Surah al-Ikhlas (5x)
c. Surah al-Falaq (1x)
d. Surah an-Nas (1x)
3) Selepas solat bacalah doa ini :
بسم الله الرحمن الرحيم.
اَللّهُمَّ يَا شَدِيْدَ الْقُوَى. وَيَا شَدِيْدَ الْمِحَالِ.
يَا عَزِيْـــزُ ذَلَّتْ لِعِزَّتِكَ جَمِيْعُ خَلْقِكَ
إِكْفِنِي مِنْ جَمِيْعِ خَلْقِكَ
يَا مُحْسْنُ يَا مُجَمِّلُ يَا مُتَفَضِّلُ يَا مُنْعِمُ يَا مُكْرِمُ
يَا مَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
اَللّهُمَّ بِسِرِّ الْحَسَنِ وَأَخِيْهِ وَجَدِّهِ وَأَبِيْهِ
أَكْفِنِي هَذَ اليَوْمِ وَمَا يَنْزِلُ فِيْهِ يَا كَافِى
فَسَيَكْفِيْكَهُمُ اللهُ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيْلُ
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِا اللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
وصلّى الله على سيّدنا محمّدٍ وعلى آله وصحبه وسلِّم
*****
Mulakan adab doa
dengan pujian kepada Allah
kemudian apitkan dipermulaan doa
dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w
dan apitkan akhir doa
dengan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w juga.
*****
sumber dari ::
http://pondokhabib.wordpress.com/2011/12/27/doa-permulaan-bulan-safar-beserta-terjemahannya/
http://jimaj.blogspot.com/2009/02/kelebihan-bulan-safar.html