Kelengkapan Peralatan
Kelengkapan Peralatan
Berikut adalah salah satu contoh yang saya berikan.Peralatan adalah aset yang sangat penting untuk Perniagaan Car Wash. Anda perlu bijak untuk menilai peralatan yang hendak dibeli. Jangan sebab hendak berjimat, tetapi anda akan rugi untuk jangka masa yang lama. Saya mencadangkan anda tidak membeli peralatan buatan China. Disini saya sertakan peralatan yang saya gunakan di Papa Car Wash & Detailing Center.
Jika ada terkurang peralatan yang saya senaraikan, anda dapat kongsikan bersama. Kreativiti yang difikirkan sesuai dapat dipraktikan di permis anda. Cuba buat perubahan dahulu dan ubah semula sekiranya tidak sesuai. Selalu melihat dan mengkaji bagaimana
permis car wash yang Berjaya melakukan susun atur permis perniagaan mereka.
Minimum Modal Untuk Peralatan Car Wash Adalah RM5000.00
Diatas adalah peralatan yang dinamakan Water Jet atau Water Spraying Pump. Gambar disebelah kiri adalah buatan dari Karcher German dan kanan adalah buatan China. Dari bentuk fizikal anda boleh menilai kualiti peralatan tersebut. Harganya adalah tidak banyak perbezaan.
Bunyi yang dihasilkan adalah tidak kuat berbanding buatan China kerana menggunakan teknologi mesra alam. Anda tidak perlu risau jika pelanggan merunggut persekitaran kedai anda yang bising.
Ketahanan dan kekuatan air semburan adalah penting kerana ia akan menanggalkan kotoran pada langkah pertama basuhan kereta. Karcher German dapat memberi kekuatan semburan air yang stabil selama 8 jam tanpa henti.
Jika buatan China hanya mampu selama 1 jam sahaja. Bayangkan jika pada satu masa kereta yang hendak dicuci ada 10 buah kereta. Tiba-tiba anda mengalami masalah semburan air. Anda akan rugi dan pelanggan tidak akan percaya dengan mutu khidmat anda.
Selain itu ia ringan dan mudah untuk disimpan atau dibawa kemana-mana. Ketahanan penggunaan anda tidak perlu risau kerana ia mampu digunakan dalam keadaan lasak.
Seperti yang diatas gambar disebalah kiri adalah Vacuum buatan Karcher German dan di sebaliknya dari China. Vacuum adalah penting untuk memcuci kotoran bahagian dalam kenderaan.
Sedutan yang kuat, cepat dan tahan untuk jangka masa yang lama adalah aspek yang penting bagi mempercepatkan proses mencuci kenderaan. Anda tidak rugi masa dan juga wang. Anda perlu pilih Vacuum yang betul-betul mempunyai kualiti yang terbaik.
Pemilihan Snow Wash Tank pilihlah buatan dari besi tahan karat. Peralatan ini dijual dipasaran adalah sama kualiti. Anda perlu bijak meniliti peralatan ini sebelum membeli. Pastikan peralatan yang dibeli mempunyai jaminan sekurang-kurangnya 3 bulan selepas tarikh pembelian.
Tangki air adalah penting untuk menyimpan air dalam kuantiti yang banyak bagi memudahkan Water Jet menyedut air dengan pantas. Tangki seperti di atas boleh memuatkan 400 Gelen air untuk isian penuh.
Vehicle Ramp adalah peralatan sampingan kerana ia memudahkan untuk cucian di bahagian bawah kereta. Selain itu ia boleh membuat semburan tar atau tahan karat di bahagian bawah kenderaan.
Compressor adalah penting untuk tujuan Snow Wash Tank. Apabila tekanan angin diberikan kepada Snow Wash Tank, buih halus akan terjadi dan mendapat semburan buih yang baik. Sila dapatkan sijil atau dokumen keselamatan yang diiktiraf oleh pihak keselamatan apabila membeli compressor dari penjual.
Mesin Polish untuk kegunaan untuk proses kekemasan pada badan kenderaan. Pilihlah mesin yang mempunyai kualiti kerena mesin seperti ini memerlukan ketahanan panas. Proses melakukan polish adalah lama dan kenderaan untuk di polish adalah banyak.
Softbuff adalah span untuk proses polish atau wax kenderaan. Span yang biasa tidak akan mendapat hasil yang baik kerana permukaannya tidak lembut dan rata. Span ini akan digunakan bersama mesin polish.
Sediakan satu troli yang ringkas untuk meletakan Polish, Wax, Span, Kain, Wax Tayar, Pewangi, Berus, Mesin polish dan sebagai dalam satu troli. Persekitaran akan kemas dan tersusun.
Pilihlah pencuci atau shampoo yang mempunyai pakej Conditioner atau Shine kerana ia akan memberi satu kelebihan buat anda. Kenderaan akan kelihatan baik dan bersinar jika mengunakan pencuci yang betul
Polish yang berkualiti akan memberi hasil yang sangat baik. Anda tidak perlu bekerja keras atau memerlukan teknik yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang baik. Cari Polish yang terbaik bagi memudahkan kerja anda.
Wax tayar yang baik dapat menggekalkan kilaun yang lama pada bahagian tayar. Ia juga melindungi jangka hayat tayar dari cuaca panas, hujan dan sebagainya
Kain untuk proses pengeringan adalah perlu baik kerana ia dapat memberi menyerapan yang baik, pantas dan mengilatkan kenderaan.
No comments:
Post a Comment