20 August 2010

♥ Salam Ramadhan 2010 ♥



cute sgt lgu ni

salam ramadhan dr saya..

moge ramadhan ini lebih bermakne dr sbelum2nya..



21 July 2010

♥ I Give My First Love To You ♥





cite korea yg best sgt....
klu korg nak tok pi kat

http://www.mysoju.com/

byk lg cite2 korea yg da di update kat situ..




28 June 2010

♥ Oh Cream Caramel Lurania ♥


mlm ni  blik dr klas aku ingt nak wat caramel..
klu larat la... tgok la mcm ne..
lame xmkn caramel... nyum2....
aku amek resepi dr adk aku...
dia mmg pandai wat caramel...
meh aku shared dgn korang resepi caramel keluarga ku... huhu

 Cream Caramel  

bahan-bahannya :

6 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 tin air
1 cwn gula = 1/2 utk cream, 1/2 utk adunan
1 sudu esen vanilla

cara-caranya :

  • Panaskan kuali dgn api yg sederhana masukkn 1/2 gula dan sedikit air...

  • Kacau gula itu sehingga cair. jgn bg hangus lak.. api kena pandai kawal..da cair masukkan dlm loyang...Pukul 6biji telur dan 1/2 cwn gula pelahan2  (jgn smpai ade buih byk)

  • Pastu campurkan susu n air... Adun sehingga sebati...Masukkan kedlm loyang yg ade gula cair td.. dan kukusla selama 25-30minit..

  • Bila sudah dimasak sejukkan sebentar n simpan didlm peti ais.

  • Bila da betul2 sejuk baru keluarkan dr acuan...terbalikan pun boleh..

  • سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِي  boleh la mkn... nyum nyumm

10 June 2010

♥ Melaka Oh Melaka ♥



tanggal 5jun2010 aku, kak cda n nurul gi ke melaka..
jumaat mlm tu kami bertolak dlm kul 9.30mlm gi umah arul..
singgah petronas area umah arul tuk isi minyak..
konon nyer utk memudahkan arul...
sat lg xyah nak tuang2 da.. trus gerak jek...
isi punye isi ok la da full..
time to start kete..start2 xmau...
aku try lg.. xleh gak...
cuak gile ktorg xleh nak start...
mcm2 da fikir.. xdpt gi melaka la jwb nya..
aku masih xptus asa.
aku try tutup semua cabut kunci... pastu lek dlm 5minit..
aku try start blik....bismillah.... mmmm.. xleh gak....
pe nak wat ni.. fkir2 punyer fikir...
aku pun call arul..
mjur dia pun da siap kemas2..
pastu dia pun dtg petronas..

arul pun dtg... dtg2 trus dia bukak bonet depan..
rupenya air bateri xde..
pastu dia pun isi air bateri..
abes 1 botol... gi beli lg....
pastu try start.. start2 xleh gak...
try jumping lak.. dr van ke kete..
wat punyer wat xleh gak..
abes smua org kat petronas tu tgok...
pastu xleh nak watpe da..
duk rilekk.. tutup smua suiz.. pastu rilekk lebih 10minit..
try lg start xleh gak...
mmhh..mcm ne ni..
dlm ati ni mcm2 fikir..
comfirm xdpt gi melaka lg kali ni..
mmmmhh =(
arul pun tpn mbr2 dia..
ramai gak dak2 dtg..
nak tlg betulkan.. try jumping dgn van laen..
xleh gak..
pastu diorg pgil lak bdk laen yg ade kete lain...
dtg iswara lak..
try nyer try.. xleh2 gak...
aku pun gi belikan air tuk diorg..
pastu diorg rilek2 minum2 isap rokok..
bincang2..
pastu try start lg..
start punye start.. alhamdulillahh..
berjaye di start..
dpt jek start ktorg pun lek dulu..
trus gerak umah arul..
pastu trus gerak kemelaka..
gerak dr umah arul 12.30mlm..
smpai tol ayer keroh dlm 1.30pg xslp..
amek ko 1jam jek arul bwk..
cuak aku duk sebelah..
xtido pun...
smpai melaka kak cda tpn kak yani...
pastu arul anta kat umah kak yani..
tp xjumpe pun..
suh duk rilek depan sek ape tah..
tggu kak yani smpai..
pastu arul lik umah dia.. ktorg pun lik umah kak yani...
smpai2 trus tido.. nyenyak tul ..
sok pg kak cda n kak yani da kejut.. nak gi pantai..
huhu..
jom layan pic ktorg kat melaka...
enjoyy..





































 

sekian percutian kami dimelaka.
thanks to kak yani...






24 May 2010

♥ Tips Kesegaran Bunga ♥


♥ Tip mengekalkan kesegaran jambangan bunga ♥

Tanpa kaedah yang betul, jambangan bunga hidup tidak tahan lama.

Kunci kepada pengekalan kesegaran jambangan bunga hidup adalah dengan memastikan air yang digunakan sentiasa bersih dan bahagian batang yang dipotong bebas dari poket udara supaya ia boleh terus menyerap air.
Caranya begini;

■Langkah pertama, beli hanya bunga yang paling segar.

■Pilih jambangan bunga yang masih belum berkembang dengan daun yang berkilat; elakkan kuntuman bunga yang layu atau telah kembang masak.

■Potong batang kuntuman bunga yang baru dibeli lebih kurang 2.5 sm di bawah air yang mengalir. Potong pada sudut 45°. Gunakan pisau tajam atau gunting pemangkas yang sebenar bagi memastikan bahagian batang yang dipotong tidak pecah atau hancur.

■Pilih pasu yang tidak menyesakkan bunga-bunga berkenaan. Isikan dengan 8 cm air yang agak suam. Potongan batang yang terendam air akan mula mereput, sebab itu jangan penuhkan pasu dengan air.

■Buang semua daun yang mungkin boleh jatuh ke dalam air. Daun reput dalam air menggalakkan perkembangan bakteria yang akan melitupi bahagian potongan batang dan mengurangkan kemampuan bunga menyerap air.

■Letakkan jambangan bunga di ruang yang sejuk, tidak terkena cahaya matahari secara langsung. Juga jangan letak jambangan bunga berdekatan dengan buah-buahan masak kerana gas ethylene yang dibebaskan oleh buahan-buahan berkenaan akan memendekkan umur kesegaran bunga-bunga anda.

■Setiap hari, potong batang kuntuman bunga sepanjang 0.5 sm pada sudut 45° di bawah aliran air dan tukar air di dalam pasu.





♥ Tip membersih bunga tiruan ♥

Ramai di kalangan kita memilih untuk menghias dalam rumah dengan bunga-bunga tiruan kerana ia lebih mudah, lebih murah dan tidak kurang cantiknya.
Biasanya bunga-bunga tiruan ini dibuat dari fabrik mahupun plastikWalaupun menjaga bunga-bunga tiruan tidak serumit menjaga bunga-bunga hidup namun lama kelamaan ia juga boleh mengumpul pelbagai kotoran dan habuk.
Berikut adalah tip untuk membersihkan bunga-bunga tiruan supaya ia sentiasa nampak cantik berseri.

■Masak air bercampur sedikit garam kasar sehingga mendidih.

■Tuang air yang sudah suam ke dalam baldi dan campur dengan cecair pencuci.

■Rendamkan bunga tiruan selama satu hari.

■Angkat bunga tiruan dan gantung dalam keadaan terbalik. Kotoran yang masih terlekat pada bunga mudah dibersihkan. Anda hanya perlu pancutkan air menggunakan paip getah.

■Jemur bunga tiruan, juga dalam keadaan terbalik dan sembur dengan penyembur berkanji seperti yang digunakan untuk melicinkan pakaian yang diseterika.

■Tunggu sehingga ia kering sebelum digunakan semula.
 
 
 
 


Tips Bunga Segar Tahan Lebih Lama

Bagaimana supaya bunga Anda tetap cantik dan bertahan lebih lama? Berikut sedikit tips untuk Anda:

* Bunga-bunga segar sangat memerlukan air. Dalam sehari, bunga2 ini memerlukan 1/4 air dari air paras pasu.
* Jika Anda menerima jambangan bunga dalam bentuk pasu berisi air, segera periksa paras air di dalam pasu tersebut. Selalu tambah air yang cukup agar air tidak berkurang. Ganti air setiap hari dan selalu isi sampai penuh.
* Jika bunga Anda menggunakan floral foam, jaga agar floral foam tersebut tetap basah dan pastikan agar pasu tetap penuh dengan air bersih.
* Jika Anda menerima bunga dalam kotak, segera pindahkan bunga ke dalam pasu/baldi dan perhatikan paras airnya.
* Gantikan air bersih sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
* Banyak orang percaya, dengan menaburkan sedikit garam boleh membuat bunga lebih tahan lama.
* Ketika mengganti air, jangan lupa potong ujung-ujung tangkai bunga.
* Bersihkan daun-daun yang layu. Daun-daun di dalam air cepat busuk, dan menyebabkan tumbuhnya bakteria.
* Jangan letakkan bunga di bawah sinar matahari terus atau di atas peralatan elektronik seperti microwave atau television. Ini menyebabkan terhidrasi. Pastikan bunga Anda berada dalam keadaan udara yang cukup dan sejuk/tidak panas.

Sekadar untuk makluman: bunga-bunga potong segar ada harapan bertahan (life expectancy) antara 2 hingga 21 hari bergantung pada jenisnya. Berikut adalah untuk rujukan:

Variety Life Expectenacy
Roses 3- 21 days
Carnations 5-14 days
Daisies 7 -21 days
Iris 1-4 days
Lilies 2-7 days
Tropical Flowers7-21 days





13 May 2010

♥ Roti Jala ♥

tibela mase nyer turn aku masak..
ari tu aku xtau nak msk pe..
pastu teringin lak nak mkn roti jala...
so aku try wat roti jala...
walaupun mak aku selalu wat..
tp aku penah pun nak tgok mak aku bancuh mcm ner..
aku mmg xreti nak membancuh..
aku hanye tau menebar jek...
oleh kerna tidak tahu.. 
aku pun cari resepi kat internet..
tu yg try wat tue...
senang giler jek rupanya...
pastu aku wat kari juge..
yela roti jala sedap mkn dgn kali kan..
kari pun aku xreti sbnarnyer...hehe
sbb xbape nak minat kan...
tu yg xbape nak kesah dgn kari..
tp aku try jek wat kari..
akhir nyer berjaya juge...
cehh dpt pujian lg tu tau..
siap aku hantar kat bf aku tuk rase.
hehehee..
dia pun suke....
bile dia da suke..
aku lg lg lg la suke...







Bahan-Bahan:


1 cawan Tepung Gandum
1 cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
Cara:
Campurkan semua badan-bahan diatas, kacau sehingga sebati tanpa berketul-ketul dan tuangkan ke dalam acuan pembuat roti jala dan masaklah diatas dapur.
Cadangan Hidangan:
Elok dimakan waktu panas bersama kari ayam atau daging. 
Tambahan:
Bolehlah gunakan blander sewaktu mengacau bahan-bahan agar tidak kelihatan berketul-ketul.