18 February 2013

♥ AIR SELUSUH ♥


Air Selusuh 


Penyediaan air selusuh (yang terbaik, disediakan oleh suami);
Untuk diminum 2 kali setiap hari; pagi dan malam 
(bermula minggu ke-30 kandungan 

*lain orang, lain pendapatnya 
berkenaan bila masa terbaik utk menggunakan air selusuh), 

Dimulakan dengan SELAWAT


Penyediaan air selusuh

1. Al-Fatihah
*bacaan bertajwid {link}




(1) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(4) Yang menguasai hari pembalasan
(5) Hanya kepada engkaulah kami menyembah 
dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, 
bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.



2. Selawat Syifa
*bacaan bertajwid {link}




Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, 
Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda, 
engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar 
dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit 
serta mengurniakan cahaya penglihatan 
dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan 
dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.




3. Al-Hashr; ayat 21-24.








(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung,
 pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. 
Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.
(22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. 
Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, 
Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
(23) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia,
 Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, 
yang menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, 
yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. 
Yang Memiliki segala keagungan. 
Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dialah Allah yang Menciptakan, 
yang mengadakan, yang membentuk rupa, 
Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi langit 
dan di bumi bertasbih kepada-Nya. 
Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.



4. Ayat selusuh


Ya Allah, dengan hak Maryam,
 juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, 
ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, 
dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5



(4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
(5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.




6. An-Nazi'at; ayat 46.




Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.




7. Ayat selusuh


Ya Allah, dengan hak Maryam,
 juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, 
ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku,
 dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.




8. Ayat permudah


Ya Allah, permudahkanlah 
dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan,
 segala yang susah adalah mudah bagimu, 
Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, 
dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.


Sumber Dari ::

15 February 2013

♥ 36 WEEK ♥


Assalamualaikum..
Selamat hari jumaat smua..

sukur alhamdulillah 
aku masih berkesempatan tuk 
mencoret di blog aku ni...

mggu depan aku da masuk mggu ke 36.
mcm kejap  jek mase berlalu kan....
rase mcm baru jek kawen.
hehe...
pastu tetibe nak jd mak lak kan..
terbaek...
inila dikatakan lumrah kehidupan...

 

masuk mggu ke 36 ni..
aku da kene berjaga2..

kene kuat berjalan..
kene sedia mental n fizikal.
kene mintak maaf kat smua org..
kene memaafkan smua org.
kene byk minum..
kene stanby brg2 ke hospital.

moge segala pemprosesan bersalin aku ni dipermudahkan.
aku berdoa 
agar aku bersalin mlm di hospital 
dan ketika aku sakit suamiku berada di samping ku.
amin.

masuk minggu ke 36 ni 
berat bdan aku sudah pun mencecah 73 kg.
caye xpercaye la kan..
start mengndung berat aku 58
maknanya aku telah naek sbyk 15 kg.
errrrr....
tp xpe..
pantang nanti aku akan dptkan blik berat aku smula..
insya'allah.

pape pun atas usaha aku sendri..
mls aku mls la berat nak trun.
rajin aku maka cantekla bdn aku.
pape pun utk suami ku. =)




07 February 2013

♥ SET BERSALIN ♥

Servey2 set bersalin..

1. AFIAT

Antara kandungan tdpt dlm set bersalin AFIAT ini ialah..

Pil Afiat (528 biji)

Dimakan selepas bersalin, 
4 biji pagi, 4 biji petang dan 4 biji malam.
 Untuk membantu kaum ibu menyihatkan badan 
dan menambahkan tenaga.

Bedak Hangat
Untuk disapu seluruh badan selepas mandi bertujuan
 untuk memanaskan badan selepas mandi.

Minyak Afiat
Untuk digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat.

Balm Afiat
Untuk disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan tali pusat.

Akar Kayu
Untuk direbus 20 hari selepas bersalin, diminum 2 kali sehari, 
untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.

Bengkung
Untuk membantu mengempiskan perut.

Pil Makjun Bawang Putih
Dimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam. Untuk menambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.

Feminin Care
campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita.
memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.

Gel Mandian Serai Wangi
Diadun dengan aroma terapi Serai Wangi 
untuk menyegarkan kulit badan 
dan khasiatnya sama seperti mandi lulur.



2. NONA ROGUY
Phyto Natal di dalam Set Bersalin Nona Roguy berfungsi untuk
menurunkan berat badan yang berlebihan.
Ia juga bertindak menguatkan tubuh di samping
melawaskan pembuangan air besar.
Akar herbanika di dalam Set Bersalin Nona Roguy bertindak
menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan anggota badan
ibu yang baru bersalin.
1 pek Akar Herbanika di rendam dalam 
1 teko air panas yang mendidih dapat digunakan semula 
untuk tempoh 3 hari.Air ini juga boleh dicampur 
dengan madu untuk menambah keharuman, rasa dan khasiatnya.
Krim barut di dalam Set Bersalin Nona Roguy
ini disapu disekeliling perut dan pinggang untuk
meleper dan memperkemaskan perut yang menggeleber selepas bersalin.
Ia juga menguatkan semula otot-otot perut dan pinggul yang kendur 
ketika menampung bayi di dalam kandungan.
Gunakan herbanika barut Set Bersalin Nona Roguy 
ini 2 kali sehari sebelum memakai bengkung.
Set Bersalin Nona Roguy lengkap dengan lulur yang bertindak
menyental daki dan kulit yang kehitaman 
dan kasar semasa mengandung.
Anggaran penggunaanya antara 1-2 sudu besar penuh.
Minyak herbanika disediakan di dalam Set Bersalin Nona Roguy 
untuk membantu menguatkan otot perut dan buah dada, 
mengurangkan kesan regangan 
atau pecah-pecah di kulit semasa mengandung.
Ia juga melancarkan peredaran darah
disamping memastikan badan ibu yang baru bersalin sentiasa hangat.
Luka jahitan elok di cuci dengan Uncang Cuci Nona Roguy.
Ia bertindak seperti antiseptik untuk mengelakkan 
kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.
Ia juga di buat mandian yang berfungsi menyegar 
dan menghilangkan bau badan semasa berpantang. 


3. TANAH MERA
Set Tanamera terddapat 11 produk iaitu

1.HERBA PEMBERSIH WANITA
2.HERBA MANDIAN
3.MINYAK URUT HERBA
4.TAPEL
5.BENGKUNG
6.TEH HERBA
7.PILIS
8.LULUR BADAN HERBA
9.MINYAK KELAPA DARA
10.SABUN MANDI HERBA
11.AIR BUNGA LAVENDAR


Bahan tambahan ::

aku akan beli tambahan bengkung zigzag ni..
senang dipakai..
suapaya aku dpt blik berat aku kembali...
mudah2an..


Yang mane satu la nak beli ni....???
mmhh..

setelah servey menyervey.
akhirnya aku telah wat keputusan tuk cube 
produk 

" NONA ROGUY "

setelah mdgr sepupu n kengkawan yg mencubenyer.
aku pun beli la produk NR ini..
harap 2 pilihan aku ini tepat.

amin.

terima kasih pada yg sudi memberi info tentang produk NONA ROGUY ini...


♥ DIY BARUT BAYI ♥


CARA JAHIT BARUT BAYI

Info untuk semua bakal ibu.

Mengelakkan kembung perut
Melindungi sisa tali pusat dari digigit serangga.
Mengelakkan sisa tali pusat tertanggal secara kasar. 
Jika, dilindungi barut, 
sisa tali pusat akan mudah tanggal dengan sendiri tanpa menyakiti bayi.

jum buat sendiri barut bayi..


1. 
Lipat kain dua lapis..
 Lebihkan kelim utk jahitan, 
Jahit pada bahagian bertanda. 
Satu bahagian dibiar terbuka..


2. 
Alihkan kain melalui bahagian terbuka..
 Lipat bahagian terbuka ke dalam dan jahit. 
Lipat kain utk dijahit pada tali



3. 
Jahit tali utk barut



4.
Jahit kain utk tampal tali pada barut


Bahagian yg melengkung ke bawah.. 
Kalo baby basah/ membuang tak kena pada barut.. 






Barut peten nie sesuai utk baby yg dah beso sket & utk hari panas..



1. 
Lipat dua kertas surat khabar dan lukis pola seperti rajah di bawah.


2.
 Lipat dua fabrik dan pinkan pola barut. 
Lebihkan ½” untuk kelim. 
Gunting 4 keping tali barut (boleh beli di kedai jait) 
terpulang berapa panjang yg anda suka (sy buat panjang 11”).


3.
 Pinkan kain dengan arah dalam kain menghala ke luar 
dan kedudukan tali barut seperti rajah di bawah. 
Jahit dari point A ke point B.


4. 
Pada bagaian leher yang melengkung, 
gunting bentuk V untuk membolehkan bahagian melengkung tersebut 
kelihatan kemas apabila di alih nanti.

5. 
Terbalikkan barut melalui ruang yang tidak dijahit tadi dan jahit keliling. 
Lipat dua kali pada hujung tali 
untuk mengelakkan ia berbulu apabila dibasuh nanti.


Sumber dari :: http://azimadiyshop.blogspot.com/2009/12/cara-jahit-barut.html