29 October 2012

♥ Apa itu KORBAN ♥



Setiap kali datangnya Hari Raya Aidil Adha, 

begitu banyak binatang ternakan seperti 
unta, lembu atau kambing dikorbankan 
oleh umat Islam sebagai memenuhi tuntutan agama. 
agar kita dapat menginfakkan sedikit wang 
yang ada dalam menjalankan ibadah korban. 

Ibadah korban ini juga 
adalah satu cara untuk kita memperingati 
bagaimana besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. 
yang patuh dengan perintah Allah swt 
apabila diperintahkan untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. 
Selain itu ia juga boleh menunjukkan
 tanda kesyukuran kita kepada Allah swt 
di atas segala nikmat yang begitu banyak dikurniakan kepada kita 
sebagai hambaNya serta 
boleh mendekatkan jurang di antara simiskin dengan sikaya.


Mengikut pendapat Imam Syafie, 

perkara sunat ini dituntut bagi mereka yang mempunyai harta 

yang berlebihan dan ibadah korban ini 

boleh dilakukan sewaktu hari tasyrik, 10,11 dan 12 Zulhijjah.

 Namun begitu, 



"berapa ramaikah di antara kita yang 

memahami erti sebenar "korban" ini dalam konteks yang lebih luas?"

Ramai di antara kita yang menganggap 
dengan menyertai nama satu bahagian ataupun lebih 
dalam program ibadah korban binatang ternakan,
 sudah memadai bagi mereka sebagai melakukan satu pengorbanan untuk setahun. 

Jika direnung dalam konteks yang lebih luas tentang makna sebenar "korban" itu sendiri,
 ia merangkumi segala bentuk pengorbanan kita memperhambakan diri kita kepada Yang Maha Esa. 

Berapa ramaikah di antara kita yang sanggup 
mengorbankan waktu tidur mereka 
untuk bangun malam melakukan solat tahajud walaupun cuma 2 rakaat? 

Berapa ramai pula yang sanggup berjalan d
alam kedinginan subuh untuk bergerak ke masjid 
bagi menunaikan Solat Subuh berjema'ah di masjid-masjid berhampiran? 

Begitu juga,
 berapa ramaikah yang sanggup duduk sejam atau dua di masjid-masjid 
bagi mengutip ilmu daripada kuliah-kuliah yang disampaikan 
oleh penceramah-penceramah yang dijemput. 

Berapa ramai pula yang sanggup mencari-cari 
ilmu walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit belanja 
bagi mentelaah dan menadah kitab bersama tuan-tuan guru?


Jika dilihat trend hari ini,
 ramai umat Islam yang begitu bersemangat menyumbangkan tenaga 
bila program ibadah korban diadakan baik secara persendirian 
ataupun di masjid ataupun surau-surau.

Malah ada di antara mereka sanggup mengorbankan 
waktu solat fardhu dek sibuknya bekerja dalam 
program ibadah korban sedangkan 
kewajipan menunaikan solat fardhu itu lebih utama sekali. 

Dari pagi selepas sahaja solat sunat Hari Raya selesai, 
mereka yang bertugas telah bersedia untuk memikul tugas 
sehingga selesai pada petangnya.
Azan Zuhur yang berkumandang pun seolah-olah tiada apa-apa kesan 
bagi mereka kerana terlalu ghairah bersama-sama teman mengerjakan beberapa ekor lembu. 
Malah ada juga peserta yang mengambil bahagian 
kerana adanya lebihan wang melakukan ibadah korban s
edangkan solat fardhu diabaikan begitu sahaja.

Di manakah nak disandarkannya pahala ibadah korban ini jika solatnya tiada?

Alangkah ruginya jika erti "korban" ini dalam konteks yang lebih luas tidak difahami oleh kita.
Takut-takut ibadah korban yang kita lakukan saban tahun hanyalah 
sebagai satu pesta penyembelihan binatang ternakan 
tanpa kita memahami maksud yang tersirat di sebaliknya.






Sekian. terima kasih.

Salam Aidiladha dr saya.

آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ



No comments: