11 February 2014

♥ Doa & Zikir utk Penyusuan Bayi ♥

Doa & zikir untuk menambahkan susu:







1. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, 
banyakkanlah susuku untuk anakku MOHAMMAD IIZZU IIZWAN,
dan permudahkanlah perjalananku
untuk menyusukan anakku 
agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Amin

2. Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , 
penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. 
Semoga dengan keberkatanMu, 
susu yang sedikit menjadi banyak 
dan kenyang buat anakku MOHAMMAD IIZZU IIZWAN...
Amin

3. Surah Al-Baqarah ayat 60. 
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon 
supaya diberi air untuk kaumnya, 
maka Kami berfirman: 
"Pukullah batu itu dengan tongkatmu",(ia pun memukulnya), 
lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air
sesungguhnya tiap-tiap satu puak(di antara mereka) 
telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. 

(Dan Kami berfirman): 
"Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu,
dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Sambil baca letakkan tangan pada b 
dan doa semoga Allah murahkan rezeki 
untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
Amalkan doa ini setiap kali lepas solat,
juga semasa menyusukan anak dan mengepam. 
Insyallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak tersayang....amin

4. Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar - 
elok diamalkan bermula sejak mengandung lagi.
Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, 
anak kite dan banyakkan susu kite.
Jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.
Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Sila baca post saya bertajuk " 7 Rahsia Surah Paling Pendek (Al-Kautsar)"

5. Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum

6. Surah Yasin ayat 72-73

7. Baca Selawat dan Basmallah sebelum menyusu dan mengepam

Info dari :: 
http://scaniaz.blogspot.com/2012/03/doa-zikir-untuk-penyusuan-bayi.html