27 September 2012

♥ Resepi Kek COKLAT MOIST ♥



Dalam godek2 fesbOk
tetibe aku terjumpe resepi ni...
mcm best jek kan..
siap lengkap dgn gmbar lg..
aku nak try la lik nanti.. 


BAHAN-BAHAN

 Telor 4 biji.. kalau size besar guna 3 biji je..

1 tin susu cair ideal..

1 sudu teh coklat emulco ( takde pun takpe )

1 1/2 butter.. ( 250 gram + 125 gram butter)

2 cawan gula kastor.. bkn gula yg korang buat bancuh air tu tau..

1 cawan serbuk koko ( di ayak)

2 cawan tepung gandum ( di ayak.. guna sukatan cwn yg sama)

1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat ( di ayak jugak)

CARA MEMBUATNYA.

Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna api sederhana..

Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati..

Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg..

Masukkan esen vanilla..

Dan masukkan coklat emulco.. kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api.. pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh..

Aku pindahkan dlm bekas lain.. biar nmpk cun sikit..

Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2 kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt pukulnya.. hehehe..

Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati..

Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder )..
Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua adunan sebati.. sherashi bershama.. ecehhh..

Haaa.. dah sebati punnn..

Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..
Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo loyang tak di griss..

Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain..

Kukus kek sampai masak..
Smlm aku kukus dlm sejam je kot dgn api yg sederhana.. maksudnya api tak besar sgt dan tak kecik sgt..
Make sure pengukus di panaskan dulu sblm masukkan adunan kek td.. air dlm periuk kukusan pun jgn sikit sgt, kang kering lak sblm kek tu sempat masak.. paham ehh..

Hasil kek yg dah siap di masak.. kek 1 malaysia tuuu..
Aku tak byk lg acuan kek bernombor ni.. baru ada nombor 1.. mahal jugak acuan ni.. aku beli kat kedai bakery.. rege rm39 sebekas.. huhuhu.. Hias la kek tu suka hati korang.. aku hias dgn coklat ganache..

Bahan2 coklat ganache :
~ 300 gram dark coklat/coklat masakan
~ 150 ml whipping cream
~ 1 sudu besar butter

Cairkan coklat guna kaedah double boiler.. pastu masukkan butter.. kacau sampai larut..

Pastu baru tuang whipping cream..

siapppp.. dah boleh tuang atas kek..

Aku letak kek atas redai mcm gmbr di atas.. pastu baru tuang coklat ganache..pastu baru pindahkan atas cake board td..

Tadaaaa.. siap dah hiasan kek aku.. yg putih2 tu whipping krim.. belen krim aku buat pavlova tu hari.. ekekke..

* resipi daripada blog - http://tinyurl.com/coklatkekmoist

26 September 2012

♥ Guest Signature for Wedding ♥

Dalam kebanyakkan org.. 
time kawen mesti wat 
" Buku tuk signature "

tp laen pada aku..
aku fikir klu buku nanti simpan lelame xtgok pun..
simpan2 nanti bersemut abes jahanam buku..

time aku kawen aku design sendiri
" GUEST SGNATURE "
aku wat dlm bentuk banner jek..
so leh sign kat situ jek..
siap semua aku frame kan..
huhuu..

jum tgok hasil usaha aku..










♥ Open house for my frenz ♥



Tanggal
23hb September 2012
mbr2 ku mahu dtg kerumahku..
so epi nyerrrr....
walaupun raye da abes tp aku xkesah..
diorg mesti kene dtg gak uma aku..
walaupun rumah aku kecik jek.
hehehe..

sebelum tu ari sabtu ktorg kuar jenjln sesame..
da lame xbergumbira bersama kwn2 kan..
adek aku pun polo gak...
hehehe....
syokkk sgt last weekend..






 mase diorg dtg aku xtau nak masak ape..
mule2 nak masak sphegety carbonara jek...
sekali fikir punyer fikir..
nak lunch kan..
xkan nak makan mcm tu..
mestila nak mkn nasi kan..
so aku pun masak la 
nasi tomato
ayam masak merah

smua tu google search..
hehehe..

1st time wat... mendpt pujian mbr2 n suami..
diorg mkn bertambah2..
xtau la sbb lapar ke or sbb sedap.
hehe
tp mase mkn diorg da ckp mmg sedap..
so aku bangga la skit..
hehehe..
suami aku pun bertambah2...
hehehe....





25 September 2012

♥ Buah Kabung ♥

Oohhhh buah kabung..!!
tetibe terase nk mkn buah kabung ni plak..
ni smua akibat naek van opiz suami aku smlm..
pewangi van tu same bau buah kabung.
tu yg tetibe aku jd nak tu..
org mengandung ni pantg ckp skit. 
smua jd nak.. 
huhuuu..
waduhh mane nak mencari buah kabung ni..
waduh.....
 waduh.....
pening la pale suami aku...
nak pi mencari..
hihi..
papepun..
chaiyuk..
chaiyuk..
 suami ku.....
ape bole buat kan..
isteri da mengidam..
so kene la carikan..
hehe....
luv u d.



kat bwh ni aku ade nak shared skit pasal buah kabung...
jum jum bace...


Pokok Kabung
Kantor 
atau 
Enau 
(bahasa InggerisCommon Sugar Palm
ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae 
yang berasal dari Asia Tenggara, dan Australia Utara. 
Nama botaninya Arenga pinnata.

Pokok Kabung 
ialah sejenis pokok palma yang mempunyai daun bak bulu burung.
 Batang pokoknya kukuh 
dan mempunyai pelepah pada pangkal setiap daun
Pelepah ini mempunyai serat hitam yang digunakan 
untuk membuat penyapu dan tali.

Bunga Pokok Kabung tumbuh berumpun-rumpun, 
dengan bunga jantan dan bunga betina terdapat dalam rumpun yang berasingan.
 Tangkai bunga jantan Pokok Kabung menghasilkan todi yang boleh dijadikan cuka atau gula.
Buah Pokok Kabung berjuntai-juntai sepanjang 1.5 meter (5 kaki).
 Setiap tandan mempunyai 10 tangkai, 
dengan setiap tangkai 
ada lebih kurang 50 biji buah kabung berwarna hijau 
yang tidak boleh dimakan begitu sahaja 
kerana kulitnya mengeluarkan getah yang sangat gatal.
tandan buah kabung dikait dengan pengait setinggi 30 kaki atau pokoknya dipanjat. 
Pokoknya ada rerambut seperti pada Pokok Kelapa tetapi lebih banyak, 
tebal, berwarna hitam dan agak menakutkan.
 Buah kabung dileruikan (dipisahkan) dari tangkainya
 dan direbus dalam tin minyak tanah yang telah dibersihkan. 
Setelah 1-2 jam ditebus, buah tadi dibelah dua atau tiga. 
Ada tiga isi dalam setiap buah kabung bersaiz besar.
 Isi kabung direbus lagi untuk dijadikan agar-agar yang liat.
 Warnanya putih jernih.
 Agar-agar itu kemudian dimasak dengan air gula 
selama beberapa jam dan diberi pewarna.
Buah kabung kekadang disebut sebagai buah kantor
Isi kantor ini dihidangkan sebagai hidangan istimewa semasa Hari Raya Aidilfitri
Ada juga yang dijual di pasar Ramadan di Kampung GajahPerak.
Biji buah Pokok Kabung merupakan buah atap yang lut cahaya 
dan yang merupakan salah satu bahan ais kacang.
Selain buahnya, pokok kabung juga 
diambil niranya untuk menghasilkan gula kabung/enau.
 Kegunaan utama gula kabung adalah 
sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan minuman.
 Di antara makanan yang popular dengan campuran gula kabung/enau 
 dan ada juga yang menjadikan gula enau 
sebagai bahan masakan untuk rendang dan kuah kacang.
............................................

21 September 2012

♥ Hantaran Wed Arul Aina ♥

taraaaaaa.. ....
ini hasil hantaran aku mase nikah aritu.
semuanyer DIY oleh kak ipar aku  n makdak aku..
gud job...
i like....
tenkiu so much.
luv u all...




cincin 


sirih junjung


buah-buahan

tuala cinta

kacang kekacang

jacket purse belt

 kain pelekat n sejadah

wangian

pn wahidah yg sudi angkat hantaran saya.



terima kasih smua yg berjasa pd saya
pertolongan anda semua amatlah sy hargai..
luv u all